BORNEO SABAH ARAMAII

Monday, 3 June 2013

Syarat Kemasukan Ke Malaysia


Wargenagara asing sama ada datang ke Malaysia atas urusan perniagaan atau pun untuk tujuan melancong dan sebagainya adalah tertakluk kepada syarat-syarat tertentu sekiranya ingin memasuki negara Malaysia. 

Seseorang pelawat hendaklah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan sebelum memasuki Malaysia. Terdapat lima perkara utama yang penting kepada sesiapa sahaja yang berminat ke Malaysia. 

Pertama adalah warganegara asing tersebut mesti mempunyai Pasport atau Dokumen perjalanan yang sah. Setiap seorang perlu mempunyai pasport atau dokumen perjalanan antarabangsa yang diiktiraf dan sah untuk masuk ke Malaysia. Mana-mana pasport atau dokumen perjalanan yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, perlu mempunyai Dokumen Sebagai Ganti Pasport. Untuk pengetahuan Pasport boleh di pohon di mana-mana Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara. Pemegang-pemegang dokumen perjalanan seperti Surat Akuan Pengenalan, Laiiser Passer, Titre de Voyage atau Sijil Penduduk Tetap sesebuah negara perlu memastikan bahawa kepulangan mereka ke negaranya atau negara yang mengeluarkan dokumen tersebut adalah terjamin. Dokumen-dokumen tersebut mesti laku enam bulan ke atas dari tarikh masuk ke Malaysia. 

Kedua adalah warganegara asing tersebut mempunyai visa. Visa adalah satu jenis endosmen dalam sesebuah pasport atau mana-mana dokumen perjalanan asing yang diiktiraf yang menunjukkan bahawa pemegang telah memohon terlebih dahulu di mana-mana Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara. Visa yang dekeluarkan bukanlah merupakan satu jaminan yang mutlak bahawa individu tersebut akan dibenarkan masuk ke negara ini. Keputusan akhir adalah terletak kepada budi bicara Pegawai Imigresen yang bertugas dipintu masuk. 

Ketiga adalah warganegara asing tersebut mempunyai tiket perjalanan balik yang sah dan perbelanjaan yang mencukupi. Setiap pelawat diperlukan juga untuk membuktikan kemampuan kewangan untuk menyara dirinya di Malaysia bersama-sama dengan tiket perjalanan pulang yang telah ditetapkan untuk balik ke negara asal atau ke negara lain. 

Keempat adalah bukan migran larangan. Mana-mana orang yang diiktiraf dibawah Seksyen 8 Akta Imigresen 1959/1963 tidak akan dibenarkan masuk ke Malaysia walaupun mempunyai Pasport atau dokumen perjalanan yang sah, visa, tiket perjalanan dan perbelanjaan yang mencukupi.

Yang terakhir adalah mengisi kad masuk dan keluar Malaysia. 

Ini adalah merupakan sebahagian syarat-syarat sebelum memasuki negara Malaysia. 





0 comments:

Post a Comment