BORNEO SABAH ARAMAII

Wednesday, 5 June 2013

Belia Nadi Negara

Sepanjang bulan Mei terdapat peristiwa-peristiwa yang penting untuk belia antaranya ialah pada 17 hingga 19 Mei 2013 telah diadakan Hari Belia di Kota Kinabalu, Sabah. Tiga hari kemudian satu lagi acara paling besar untuk belia seluruh Malaysia telah diadakan iaitu Festival Belia 2013 yang dianjurkan di Putrajaya bermula dari 13 Mei sehingga pada 26 Mei 2013. Apa yang menarik kedua-dua aktiviti ini berlangsung setelah berakhirnya pilihan raya umum ke-13 dan kabinet Malaysia baru saja ditubuhkan. Pada perasmian Festival Belia di Putrajaya dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan yang baru iaitu Khairy Jamaluddin.

Menurut statistik terkini menunjukkan golongan belia membentuk 40 % (11.9 juta) daripada jumlah penduduk negara ini. Sesungguhnya, golongan belia adalh golongan yang akan diberi perhatian dan menjadi fokus utama dalam setiap dasar dan juga pelan rancangan negara. Datuk Seri Mohd Najib Razak menyatakan bahawa hubungan golongan belia dengan kerajaan penting dalam pembangunan negara. 

Menurut beliau hubungan belia dan kerajaan penting untuk pembangunan negara, itu perlu diakui. Ia juga membantu mereka memahami peranan mereka kepada negara ulas Perdana Menteri.

Beliau turut memberi penegasan bahawa golongan belia tanpa mengira fahaman politik perlu bekerjasama dengan kerajaan untuk membentuk sebuah negara yang membangun. 

Belia merupakan pewaris dan tunjang kepada kelansungan masa depan negara. Golongan ini mempunyai banyak potensi dan bakat, adalah baiknya sekiranya potensi dan bakat mereka diasah dan digilap agar dapat dibangunkan secara holistik sekaligus dapat melahirkan modal insan yang mahir, berpengetahuan tinggi, berbakat, kreatif dan berinovasi. 


Menyedari kepentingan golongan belia ini, Ketua Menteri Sabah menyatakan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib awal-awal lagi sentiasa peka terhadap peranan belia itu sendiri. Kerajaan bersedia memberi apa juga bentuk keperluan bantuan kepada belia agar mereka mendapat manfaatnya. 

Dalam ucapan perasmian Hari Belia pada 18 Mei yang lalu, Musa berkata adalah amat penting memahami peranan mereka sebagai pemangkin perpaduan dan pendukung semangat kenegaraan sesuai dengan tema Hari Belia 2013 213 iaitu "Belia Inspirasi Negara". Demi menyokong golongan belia, Kerajaan Sabah telah menyediakan peruntukan sebanyak RM240.89 juta dana untuk kegunaan dalam melaksanakan pelbagai program melibatkan belia.

Secara keseluruhannya, belia dan kerajaan saling memerlukan antara satu sama yang lain. Hubungan yang baik terjalin antara mereka boleh member impak positif dalam pelan penerusan pembangunan negara . Sejajar dengan itu, potensi dan bakat yang ada pada golongan ini perlu dibangunkan, diasah, dibimbing serta diberi latihan secukupnya agar insan yang memenuhi keperluan wawasan 2020 dapat dilahirkan.




1 comments:

  1. Youths are the main force to make sure the transformation movement will continuously achieve its goals. so their potential and talent need to be developed, honed, guided and given adequate training so that they can stand out and become competitive

    ReplyDelete