Kita dikejutkan dengan pelbagai kejadian yang amat tidak selesa. Kejadian jatuhnya meteor di Russia sangat memberi kesan kepada seluruh dunia. Hal ini menjadi perhatian dan ramai yang mengibaratkan kejadian ini sebagai tanda-tanda kiamat. Sebagai seorang yang mempunyai pegangan agama seharusnya kita serahkan hal ini kepada Tuhan dan minta agar kita sentiasa dilindungi.
Dalam masa yang sama, kita juga dikejutkan dengan kedatangan sepasukan
tentera dari Filipina menceroboh masuk ke kawasan Lahad Datu. Tindakan mereka
ini telah mengundang kemarahan rakyat setempat dan memberi kesan yang amat negative.
Kedatangan mereka ini dilaporkan mempunyai hubung kait dengan tuntutan Filipina
terhadap Sabah, menurut sejarah. Dilaporkan juga seramai 100 orang yang
memasuki kawasan Lahad Datu namun terdapat sumber-sumber yang berkaitan
dilaporkan seramai 500 lebih orang telah berada di Lahad Datu untuk masa ini.
Ramai yang mengkrirtik sistem keselamatan Negara dan mencurigai kebolehan
tentera dalam mengesan sebarang kemasukan ke perairan Negara. Jika difikirkan
memang menjadi perseolan mengapa sempadan kita senang dibolosi oleh pihak
tentera dari Filipina itu. Saya sendiri tidak mempunyai jawapan yang tepat
namun apa yang boleh saya katakan, kita tidak mengetahui keadaan sebenar
apabila mereka menceroboh masuk ke kawasan kita. Banyak yang menjadi tanda tanya
namun kita tidak mungkin akan mendapat sebarang jawapan.
Seharusnya kita berdoa agar pihak kerajaan akan dapat berbincang sebaik
mungkin untuk menyelesaikan masalah ini. Pasti ada jalan penyelesaian tanpa
melibatkan pertempuran darah. Keselamatan rakyat adalah lebih penting. Jika
berlaku sebarang pertempuran pasti imej Negara aman kita akan terjejas. Semoga semuanya
akan kembali seperti biasa.
Sistem keselamatan kita pasti di tahap yang terbaik dan kita juga mempunyai ramai tentera yang boleh menjaga kita.
apapun, buat masa ini keadaan di LD masih terkawal.
ReplyDelete