BORNEO SABAH ARAMAII

Saturday, 8 June 2013

Persidangan Pertama DUN Sabah Yang Ke-14

Sesebuah Dewan Undangan Negeri di Malaysia adalah terdiri daripada Sultan atau Yang DiPertua Negeri. Negeri Sabah adalah negeri yang tidak mempunyai Sultan, maka DUN Sabah diketuai oleh Yang DiPertua Negeri.DUN Sabah merupakan sebuah institusi perundangan negeri yang bertanggungjawab dalam melaksanakan persidangan dalam proses mengggubal undang-undang negeri yang dikenali sebagai enakmen.

Negeri Sabah akan mengadakan Persidangan Dewan Undangan Negeri pada 18-20 Jun 2013 bertempat di Dewan Undangan Negeri Sabah. Terdapat beberapa upacara  sebelum menjelangnya Persidangan DUN seperti yang telah ditentukan. 

Berikut merupakan kronologi acara-acara yang berlangsung sebelum berlangsungnya persidangan pertama ini selepas BN mempertahankan kedudukan sebagai pemerintah di Negeri Sabah.

Pertama;  Taklimat ADUN pada 11 Jun 2013bersamaan hari Selasa bertempat di Medan Perbarisan, Dewan Undangan Negeri Sabah pada jam 8.30 pagi. 

Kedua; Raptai Isitadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Sabah. Bertarikh 12 Jun 2013 (Rabu) bermula pada jam 8.30 pagi. Tempat adalah di Medan Perbarisan, Dewan Undangan Negeri Sabah

Ketiga; Upacara Angkat Sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah. Akan diadakan pada 13 Jun 2013 (Khamis) di Dewan Masyarakat, Dewan Undangan Negeri Sabah bermula pada jam 10.00 pagi. 

Keempat; Raptai Penuh Istiadat Pembukaan PEnggal Pertama Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Ke-14 bertarikh 14 Jun 2013 (Jumaat) akan diadakan di MEdan Perbarisan, Dewan Undangan Negeri Sabah. 

Kelima; Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Ke-14. Akan derlangsung pada 17 Jun 2013 bersamaan hari Isnin dan akan diadakan di Medan Perbarisan, Dewan Undangan Negeri Sabah.

Keenam; Jamuan Makan Malam sempena Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Ke-14 pada Jam 7.00 malam bertempat di Dewan Undangan Negeri Sabah.

Semoga persidangan ini berjalan dengan lancar.

0 comments:

Post a Comment