KOTA KINABALU - Sabah akan muncul sebagai sebuah negeri yang mudah
dijangkau menjelang 2025, kata Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan
Teknologi Maklumat Negeri, Datuk Siringan Gubat.
"Kami berharap akan sampai ke peringkat di mana perkhidmatan (sama ada
swasta, awam atau yang berasaskan komuniti) dapat disalurkan dari
mana-mana tempat, pada sebarang masa dan dengan apa jua cara," kata
beliau.
Siringan berkata demikian dalam kenyataannya di majlis penyampaian
sijil dan penutupan latihan tentang "Pengetahuan Asas mengenai Mobile
Tablets with iOS and Android Platforms," di sini hari ini.
Beliau berkata ini tugas berat tetapi yakin kerajaan boleh mencapai
matlamat ini dengan bekerjasama secara perkongsian pintar dengan badan
bukan kerajaan (NGO), terutama Persatuan Usahawan dan Profesional Wanita
Sabah (SWEPA).
Dalam hal ini, Siringan menyambut baik inisiatif SWEPA mengadakan
kolaborasi dengan Persatuan Komputer Sabah dengan melibatkan anggotanya
menceburi bidang ICT agar mereka kekal relevan dalam landskap teknologi
hari ini yang sentiasa berkembang.
Beliau berkata usaha kedua-dua pihak itu secara tidak langsung membantu
kerajaan negeri merapatkan jurang digital, dan meningkatkan kesedaran
masyarakat serta menjadikan mereka mahir ICT. - Bernama
komunikasi sangat penting pada masa kini, usaha kerajaan ini amat tepat dan sekaligus membantu memajukan pengetahuan tentang dunia luar kepada penduduk sabah
ReplyDelete