BORNEO SABAH ARAMAII

Monday, 3 June 2013

Pecah Amanah: Jenayah Kolar Putih

Jenayah kolar putih adalah suatu jenayah yang dilakukan olehj seseorang terhormat dan berstatus tinggi dalam pekerjaannya dan salah satu jenayah yang dilakukan oleh individu-individu berstatus tinggi ini adalah kes pecah amanah. Kes pecah amanah adalah isu hangat yang diperkatakan sekarang ini kerana perbicaraan kembali Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo lebih-lebih lagi setelah beliau mendakwa bahawa dirinya adalah menjadi mangsa "kambing hitam" dimanipulasikan untuk kepentingan politik kerajaan. 

Jika di dada akhbar terpampang isu berkaitan dengan kes pecah amanah sudah semestinya turut kedengaran adalah perbuatan rasuah. Ini adalah kerana kedua-dua perbuatan ini seolah-olah tidak dapat di pisahkan kerana selalunya perbuatan memberi atau menerima rasuah adalah disebabkan oleh masalah pecah amanah. Perbuatan ini merupakan kesalahan jenayah mengikut undang-undang Malaysia. 

Berita mengenai kes pecah amanah yang berlaku sememangnya menjadi tarikan umum kepada masyarakat yang ingin mengetahui penyebab berlakunya sesuatu kes pecah amanah. Berita inilah yang akan hangat diperkatakan oleh masyarakat, walaupun masyarakat tidak dapat mengadili dan menghakimi kes berkenaan tetapi sifat ingin tahu di kalangan mereke mendorong minat mereka untuk mengikuti perkembangan kes tersebut. 

Sesungguhnya, perbuatan seumpama ini merupakan sifat manusia yang dikuasi oleh sikap tamak haloba. Secara ringkasnya, berdasarkan pengalaman Badan Pencegah Rasuah di Malaysia, perbuatan jenayah pecha amanah adalah disebabkan oleh sikap individu yang ingin hidup mewah dan ingin cepat kaya dan sentiasa mengejar kebendaaan tanpa mengira halal haram sesuatu perbuatan tersebut. Apa yang dipentingkannya hanyalah nilai-nilai material semata-mata sekaligus membelakangi tanggungjawab sebagai seorang penjawat awam misalnya yang diamanahkan dengan kuasa. 

Ada juga yang melakukan kesalahan jenayah ini sebagai imbuhan untuk bekalan hari tua dan waktu oencen, sekali pecah amanah membabitkan puluhan ribu ringgit jadi pertaruhan akan tetapi sekiranya cubaan itu berjaya maka sikap tamak yang mengusai diri akan mendorong pecah amanah buat kali yang kedua, jutaan ringgit menjadi taruhan dan cukup untuk menampung keperluan hidup seumur hidup. 

Sepatutnya pelaku kesalahan ini sedar perbuatan mereka hanyalah merugikan diri sendiri dan mengakibtkan kesan buruk terhadap ekonomi negara. tidak keterlalaun sekiranya  dikatakan penyakit pecah amanah ini semakin menular di kalangan masyarakat. Apa yang penting muhasabah diri merupakan kunci kepada isu ini agar individu yang berstatus tinggi tidak terjebak dalam jenayah kolar putih seperti kes pecah amanah ini. 

2 comments:

  1. Orang yang berstatus tinggi memang tidak hairan akan melakukan pecah amanah kerana semata-mata ingin mengekalkan dan terus berada dalam keadaan yang selesa maka sanggup menjadi pengkhianat.

    ReplyDelete
  2. Mesti beringat kejayaan dan kekayaan boleh hilang sekelip mata, wahai pelaku jenayah kolar putih berfikirlah sebelum melakukan sesuatu perkara yang merugikan diri sendiri

    ReplyDelete