BORNEO SABAH ARAMAII

Tuesday, 25 June 2013

SUKMA 2013 tidak akan dibatalkan


Sukan  Malaysia atau ringkasnya SUKMA adalah satu sukan peringkat kebangsaan di dianjurkan dan di uruskan oleh Majlis Sukan Negara Malaysia , Majlis-Majlis Sukan Negeri, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Universiti Malayisa, dan Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia. 

SUKMA edisi ke-16 akan bakal berlangsung di Kuala Lumpur pada hari Jumaat ini, 28 Jun 2013. Agak sukar untuk Ketua pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong untuk mengambil keputusan tentang pembatalan atau penundaan sukan tersebut. Akan tetapi setakat pada hari ini, 25 Jun pihak mereka belum bercadang untuk membatalkan kejohanan tersebut mahupun manangguhkannya. 

Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa lokasi di Lembah Klang mencatatkan angka yang lebih tinggi semalam yang sedikit menjejaskan persiapan akhir atlet-atlet yang terlibat dengan SUKMA 16 ini. Bacaan IPU di Kuala Lumpur adalah 'tidak sihat' seperti Batu Muda mencecah tinggi 198 manakala di Cheras bacaan IPU adalah 160 kelmarin. 

Bagaimanapun, menurut Zolkples, MSN sebagai penganjur temasya kali ini tidak menolak kemungkinan akan menangguhkan sembilan acara sukan yang akan berlangsung di gelenggang terbuka jika keadaan jerebu semakin kritika. SUKMA kali ini akan dijangka akan berlangsung bermula pada 28 Jun sehingga 7 Julai 2013. Sebanyak 5,026 penyertaan daripada atlet dan jurulatih yang terlibat dalam 22 acara sukan pilihan dan tidak membabitkan sukan wajib.

0 comments:

Post a Comment