BORNEO SABAH ARAMAII

Friday 1 March 2013

Kimiskinan-Pentingnya usaha untuk terus berjaya




Kemiskinan bukanlah penghalang bagi kita untuk terus mara kehadapan. Usaha adalah kunci kepada kejayaan. Hanya mereka yang malas dan tidak mahu berusaha akan kekal miskin selama-lamanya. Pelbagai program yang telah dijalankan oleh kerajaan agar rakyat keluar dari kepompong kemiskinan. 

Antara program yang telah dan sedang dijalankan adalah program e-kasih. Program ini bertindak sebagai agen kepada mereka yang didaftarkan berada dibawah garis kemiskinan. Melalui program ini mana-mana rakyat yang berdaftar akan mendapat pekerjaan sesuai dengan kelayakkan yang mereka ada.

Rakyat perlu sedar akan peranan mereka dalam masyarakat. Kerajaan hanya sekadar membantu dan selebihnya terpulang kepada individu itu sendiri. Jika kita tidak membantu diri kita tidak mungkin kita akan dapat memajukan diri kita sendiri. Ingatlah bahawa hanya kita yang boleh membantu diri kita. 

Untuk keluar dari kepompong kemiskinan, kita haruslah gigih dan berdaya saing yang tinggi. Jangan terlalu mengharap orang lain untuk melakukan sesuatu untuk kita. Cuba untuk mencari alternatif lain untuk terus maju jaya.

0 comments:

Post a Comment