BORNEO SABAH ARAMAII

Sunday 3 March 2013

Isu keselamatan Negara jangan Di politikkan



Disaat kerajaan mengatur langkah dan mengatur strategi untuk menumpaskan pemberontak yang telah masuk ke kwasan Lahad Datu, di saat itu lah juga pembangkan cuba untuk mengelirukan rakyat. Pembangkang cuba untuk memutar-belitkan apa yang sedang berlaku dan sedaya upaya untuk cuba mempengaruhi pemikiran rakyat dengan spekulasi-spekulasi berbaur politik. 

Pihak pembangkang tidak habis-habis menuduh kerajaan adalah dalang kepada apa yang berlaku. Mereka sememangnya tidak sedar apa yang cuba mereka buktikan. Tuduhan tidak berasas itu memberi imej buruk kepada pihak mereka. Jika difikirkan secara logik, tidak ada sebab mengapa kerajaan ingin mengorbankan pejuang-pejuang kita. Nyawa manusia tidak boleh di permainkan. Kematian adalah kekal dan mereka yang sudah pergi tidak akan kembali lagi. Tuduhan pembangkang ini sememangnya tidak berasas. 

Datuk Musa telah mengeluarkan pernyataan yang mana beliau dan menteri-menteri lain juga sedang memantau keadaan di Lahad Datu dan kewasan-kawasan lain. Beliau juga menyatakan, anggota polis dan tentera kita juga telah ditambah bilangannya untuk mengawal keadaan. Dalam masa yang sama Datuk Musa menasihatkan rakyat agar bersabar dan jangan percaya spekulasi yang disebarkan terutamanya dari pihak pembangkang.

Perdana Menteri kita juga mengeluarkan pernyataan seperti berikut :

Dalam insiden ini mereka tuduh kerajaan bersandiwara. Ini merupakan pembohongan dan pendustaan sangat besar. Sebelum ini dalam isu Memali pun pembangkang tuduh kerajaan sebagai punca.
"Kami (kerajaan) tidak berbuat demikian. Dalam soal keselamatan kami tidak sekali-kali mempolitikkannya kerana membabitkan nyawa manusia,"
"Di Sauk dulu pun dikatakan kita. Di Memali pun kami dimomok. Orang mati di Lahad Datu kita tidak boleh main sandiwara," kata perdana menteri sambil menyatakan bahawa tiada orang sanggup menjadi pelakon untuk mati.

"Kita mesti katakan bahawa semua pasukan keselamatan akan dibela kerana mereka menggadai nyawa. Pejuang negara sepatutnya disanjung, bukan dihina dan diperlekeh. Jadi janganlah main politik dalam soal keselamatan," 
Demikian  ulasan yang diberikan oleh Perdana Menteri kita berkaitan dengan insiden di Lahad Datu. Walaupun dalam keadaan yang genting seperti ini, pembangkang masih boleh berfikiran cetek menuduh kerajaan adalah dalang kepada apa yang sedang berlaku. Tidak terlintas difikiran untuk menuduh kerajaan adalah dalang atas apa yang telah berlaku. 

Pembangkang pandai mainkan isu ini untuk meraih undi pada pilihanraya yang akan datang. Sedarlah rakyat bahawa pembangkan tidak sedikit pun peduli tentang keselamatan rakyat. Mereka akan melakukan apa sahaja agar rakyat menentang kerajaan demi untuk merealisasikan impian mereka untuk memegang tampuk kepimpinan. 

Tidak ada masa untuk melayan karenah pembangkang pada saat ini. Sebaiknya kita bersatu menyokong askar-askar dan polis-polis yang bertugas demi untuk mempertahankan maruah negara kita. Jika bukan kita yang sokong siapa lagi, dan yang paling penting kita berdoa mengikut ajaran agama masing-masing.

0 comments:

Post a Comment