BORNEO SABAH ARAMAII

Wednesday 20 March 2013

BR1M : Memberi manfaat kepada rakyat





Rakyat Sabah tidak terkecuali dari pemberian bantuan dari kerajaan iaitu BR1M. Usaha kerajaan ini dapat mengukuhkan lagi kedudukan parti BN sebagai kerajaan yang memerintah. Bantuan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan beban yang dipikul oleh rakyat. Tidak semua rakyat kita hidup dalam keadaan yang sempurna, oleh itu usaha kerajaan ini amat mendapat sokongan dari pelbagai Pihak.
Bagi PM Datuk Seri Najib Tun Rajak sebagai berkata :
"Apabila ini berlaku, maka cukai untuk kerajaan juga bertambah, dan ini adalah sebenarnya asas mengapa BR1M boleh dilaksanakan,"
Menurut beliau perlaksanaan BR1M adalah untuk pengagihan ekonomi yang baik diantara rakyat. Hanya yang layak sahaja boleh memohan dan semestinya mereka yang bukan berpendapatan tinggi.
Bagi KM kita pula Datuk Seri Musa Haji Aman sebagai berkata:
"Kita bertuah kerana mempunyai seorang Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang peka dan sedaya upaya terus memikirkan apa yang terbaik untuk rakyat.

"Kesinambungan kepada dasar dan pelbagai transformasi yang dibawakan kerajaan harus diteruskan melalui sokongan berterusan rakyat kepada BN,"
“Rakyat sedar akan kepimpinan Perdana Menteri yang prihatin, memikirkan apa yang terbaik untuk rakyat dan telah memperkenal pelbagai dasar serta membawa transformasi,”
Oleh itu, bersyukurlah kita dengan apa yang kita kecapi pada masa kini. Kehidupan kita cukup selesa dan aman damai. Tidak perlulah mendengar kata2 yang ditaburkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Berita baik untuk semua, BR1M ini akan diberikan kepada rakyat setiap tahun, yang mana ini telah diumumkan oleh PM kita.

0 comments:

Post a Comment