BORNEO SABAH ARAMAII

Thursday 14 March 2013

Pentingnya pendidikan bagi rakyat Sabah



Pendidikan merupakan antara asas yang perlu ada dalam diri seseorang. Sejak kecil kita telah dihantar kesekolah untuk mempelajari sebanyak mungkin ilmu pengetahuan. Walaupun semasa kecil kita tidak mengetahui secara jelas tujuan sebenarnya pergi ke Sekolah.  Semakin meningkat ke sekolah menengah tujuan sebenar pembelajaran semakin jelas. Ilmu yang dipelajari adalah bekalan untuk kita di masa hadapan. 

Sebagai seorang pelajar, buku adalah teman utama dan akan di bawa kemana-mana sahaja. Jika ingin Berjaya dan mendapatkan keputusan yang cemerlang, kita kena rajin mengulangkaji pelajaran dan senantiasalah mengadaptasi sesuatu fakta kepada kehidupan seharian kita.  Jika ada kesesuain adalah lebih senang untuk mengulas dan menjawab soalan semasa peperiksaan. 

Jika rajin maka kita akan dapat meneruskan pembelajaran kita sehingga keperingkat yang lebih tingg lagi. Oleh itu kena ada usaha untuk Berjaya di masa akan datang.

Sebagai info :
Pada 15-17 Mac,akan berlansung  Global Education Fair GES (Global Education Service) yang akan bermula gerakkan dari Tawau,  ke Sandakan dan ke Kota Kinabalu. GES akan membantu para pelajar memilih tempat dan kos yang sesuai bagi tujuan melanjutkan pelajaran. Kepada mereka yang berminat adalah dinasihati untuk membuat salinan kesemua sijil/slip keputusan pembelajaran mereka bila berkunjung ke GES fair itu nanti.

Harapan kita agar lebih ramai yang mendapatkan pendidikan yang betul dan sesuai dengan minat masing-masing. Kepentingan ilmu pengetahuan suda tidak dapat di nafikan lagi. Tuntutlah ilmu selagi kita mampu. 


Selamat Maju Jaya

9 comments:

  1. Dasar pendidikan negara yang telah diperkenalkan sejak negara mencapai kemerdekaan menjadi instrumen terbaik bagi menangani masalah kemiskinan di kalangan masyarakat.

    ReplyDelete
  2. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tahap kemiskinan besar yang dihadapi negara pada suatu masa dahulu sekitar 70 peratus telah berjaya dikurangkan menerusi dasar pendidikan cemerlang dan pelaksanaan kokurikulum berkualiti.

    ReplyDelete
  3. Beliau berkata, kesan daripada bidang pendidikan membolehkan rakyat mendapat peluang pekerjaan, mengurus diri dan menceburi peluang perniagaan bagi menambah pendapatan masing-masing.

    ReplyDelete
  4. Sehubungan itu kata beliau, prasarana dan pemantapan golongan pendidik adalah perkara utama yang sering diberi penekanan oleh kerajaan dalam memperkukuhkan lagi bidang pendidikan di negara ini.

    ReplyDelete
  5. "Tumpuan kerajaan lebih kepada untuk menyediakan prasarana lengkap bagi melahirkan modal insan yang berguna, berkemahiran, berkepakaran tinggi dan bijaksana lebih daripada biasa.

    ReplyDelete
  6. "Ia akan lebih mudah dicapai jika golongan pendidik diberi latihan secukupnya dan mendapat latihan kepimpinan bagi menghasilkan pemimpin berkualiti," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ranau dan penyerahan tapak Institut Aminuddin Baki cawangan Sabah, di sini hari ini.

    ReplyDelete
  7. Muhyiddin berkata, bagi menambah baik sistem dan dasar pendidikan negara, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan pelbagai kaedah termasuk mengambil pendapat daripada orang ramai menerusi Kajian Semula Pendidikan.

    ReplyDelete
  8. Kata beliau, menerusi langkah tersebut, ia membolehkan sistem dan dasar pendidikan negara bukan sahaja dapat dipertingkatkan, malah memperbaiki kelemahannya.

    ReplyDelete
  9. pendidikan amat penting

    ReplyDelete