BORNEO SABAH ARAMAII

Sunday 3 March 2013

Pernyataan Dari Ketua Menteri Sabah berhubung dengan insiden di Lahad Datu

Rakyat Sabah telah dikejutkan dengan insiden yang berlaku di Lahad Datu. Banyak spekulasi yang telah dibuat oleh orang ramai berkaitan dengan insiden tersebut. Namun kita semua tidak mengetahui apa sebenarnya status di Lahad Datu kerana semua yang berlaku harus dan perlu dirahsiakan demi untuk mengelak daripada pihak musuh mencari kelemahan kita.

Rakyat dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan diharap semuanya bersabar. Datuk Musa telah mengeluarkan pernyataan beliau berkaitan dengan insiden itu:

Kenyataan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman: Dengan perkembangan terbaru di Semporna, saya bersama-sama dengan Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan sedang memantau keadaan semasa di kawasan-kawasan selain daripada Lahad Datu.  Dari sudut operasi pula, gerakan memantau keadaan semasa diseluruh Sabah sedang dilakukan bersama oleh Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera.  Saya juga telah berhubung dengan Perdana Menteri malam tadi dan Perdana Menteri telah bersetuju kekuatan polis dan tentera dipertingkatkan. Perdana Menteri memberi jaminan bahawa keselamatan dan keamanan negeri Sabah sentiasa menjadi keutamaan. Saya juga telah berhubung dengan kepimpinan tempatan di kawasan-kawasan tersebut dan saya yakin mereka mampu mengawal sentimen dan mengelakkan khabar-khabar angin yang boleh memudaratkan keadaan.

Rakyat perlu percaya kepada pihak berkuasa kita, tidak ada gunanyan kita menuding jari kepada kerajaan dan sistem pertahanan negara. Diharap rakyat bersabar kerana isu ini pasti dapat diselesaikan. Jangan terlalu mempercayai khabar angin yang disebarkan. 

Pihak pembangkang juga cuba untuk memainkan isu ini dan cuba menyalahkan kerajaan atas apa yang telah berlaku. Sememangnya pembangkang tidak pernah memikirkan tentang keselamatan raktyat. Pembangkang tidak memikirkan tentang mereka yang telah berkorban kerana mereka masih lagi cuba menyalahkan kerajaan atas apa yang berlaku. 

Fikirkan lah disaat pejuang kita menempuh masa-masa sukar di Lahad Datu, pembangkang sikit pun tidak memberikan sokongan mereka kepada pejuang-pejuang kita. Ternyata sikap mereka tidak sesuai untuk mentadbir negara.

Oleh yang demikian berikanlah sepenuhnya sokongan kepada pihak berkuasa  dan berdoalah agar isu ini dapat diselesaikan dengan segera.

0 comments:

Post a Comment