BORNEO SABAH ARAMAII

Thursday 7 March 2013

PM Datuk Seri Najib Tun Razak Tiba di Lahad Datu




Ramai yang mempertikaikan kenapa Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak tidak sampai ke Lahad Datu untuk melihat keadaan sebenar. Namun jika difikirkan secara waras akal, ini adalah isu keselamatan. Keadaan tidak mengizinkan kehadiran Datuk Seri kerana ancaman yang sangat besar buat beliau. Namun atas dasar tanggungjawabnya sebagai ketua negara beliau memutuskan untuk berkunjung ke Lahad Datu Sabah pada hari ini 7 Mac 2013.

Kehadiran beliau di Lahad Datu memberi semangat kepada pasukan keselamatan kita untuk berjuang demi negara. Datuk Seri telah mengarahkan agar serangan dilakukan pada jam 7 pagi (waktu Malaysia) selasa 05 Mac 2013. Serangan untuk memusnahkan tempat pencerobon berlindung dilaporkan berjaya melalui Ops Sulu. 

Negara dalam berjaga-jaga dan bersedia jika berlaku sebarang kejutan yang besar oleh penceroboh. Semua telah dipersiapkan seperti peribahasa "sediakan payung sebelum hujan".

Sama-samalah kita mendoakan kejayaan pasukan keselamatan negara agar menang dalam pertempuran yang bukannya di mulakan oleh kita. 

3 comments: