BORNEO SABAH ARAMAII

Friday 1 March 2013

Pentingnya peranan Sabah dalam sektor perlancongan


Sabah tidak asing lagi bila dikaitkan dengan keindahan dan kehijauan alam semulajadi. Sabah telah lama menjadi tarikan perlancongan. Keunikan yang ada pada Sabah amat memberi galakkan kepada pelancong untuk berkunjung. Selain keindahan alam semulajadi Sabah juga terkenal dengan keunikan budaya yang berbilang bangsa namun dapat hidup bersama tanpa sebarang masalah. Keadaan ini menyokong slogan 1Malaysia yang mana tidak ada beza antara kaum.

Kedatangan pelancong ke Sabah memberi kesan positif kepada pendapatan Negara. Jika ramai pelancong yang berkunjung ke Sabah lagi banyak pendapatan hasil dari perbelanjaan yang dibelanjakan oleh mereka. Hal ini juga meninkatkan lagi imej Sabah di peringkat antarabangsa. Tambahan lagi baru-baru ini Putera William dan isterinya kate Middleton berkunjung ke Sabah semata-mata untuk melihat sendiri keunikkan Sabah. Ini amat meningalkan kesan positif kepada sabah. 

Kita harus memberi lebih perhatian kepada sector perlancongan selain memberi perhatian sama dengan sector-sektor yang lain. Perdana Menteri kita sendiri mengatakan bahawa sector perlancongan di Sabah menjadi antara penyumbang utama dalam pendapatan Negara.
Penyataan dari PM Datuk Seri Najib Tun Razak:

"Sepanjang tempoh 49 tahun yang lalu, Sabah telah banyak menyumbang kepada pertumbuhan Malaysia. Tahun lepas, sektor pelancongan di negeri Sabah telah menyumbang hampir RM5 bilion kepada ekonomi negara, dengan ketibaan lebih 2.8 juta pelancong, iaitu peningkatan sebanyak 13.6 peratus berbanding tahun 2010.

"Pada keseluruhannya, Malaysia banyak bergantung kepada sumbangan negeri Sabah, dan oleh itu, kerajaan telah mengutamakan kebajikan negeri itu melalui Program Transformasi Kerajaan,"
 
Peranan Sabah dalam sector perlancongan amatlah memberi kesan yang besar kepada Negara. Oleh itu marilah kita sama-sama mempertingkatkan lagi system yang sedia ada dan mencari idea-idea baru untuk terus maju seiring dengan peredaran zaman. Apa-apapun kerjasama dan kepercayaan adalah penting untuk merealisasikan impian kita.

0 comments:

Post a Comment