BORNEO SABAH ARAMAII

Monday 10 June 2013

Rogol Berkanun Remaja Di Kota Kinabalu

Menurut satu kenyataan media daripada Y.B. Datuk Rohani Abdul Karim selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang menyentuh berkenaan kes rogol yang berlaku di Kota Kinabalu. 

Isu tersebut yang di laporkan oleh akhbar tempatan merupakan isu yang dipandang berat dan serius bagi Kementerain tersebut. Kes itu adalah melibatkan kanak-kanak perempuan berumur 13 tahun dengan lelaki berumur 40 tahun yang dikatakan merogol kana-kanak tersebut.

Sudah termaktub dalam undang-undang Negara menetapkan bahawa hubungan seksual dengan kanak-kanak di bawah umur 16 tahun dengan atau tanpa kerelaan, adalah dikategorikan kes rogol bawah umur. Perkara ini sudah tertulis dalam perenggan 375(g) Kanun Keseksaan yang dipinda melalui Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2006 [Akta A 1273] yang dikuatkuasakan pada 7 September 2007 melalui P.U. (B) 321/2007.
Kejadian seumpama ini melahirkan kebimbangan kepada fenomena di mana perkahwinan dijadikan alasan untuk melepaskan diri seseorang daripada pendakwaan rogol bawah umur di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan. 
Sesungguhnya isu berkaitan kes rogol adalah amat membimbangkan, bukan sahaja salah disisi undang-undang malahan menggambarkan ketidakperimanusiaan individu yang melakukan perbuatan terkutuk itu. 

Marilah kita bersama-sama membendung gejala seperti ini, kerana maruah bangsa haruslah di jaga di mata dunia.


3 comments:

  1. Kes Riduan Masmud ini bukan setakat kes kahwin bawah umur tetapi juga kes jenayah statutory rape terhadap budak perempuan berusia 12 tahun 6 bulan. Walaupun katakanlah kanak-kanak itu menyetujui hubungan seks itu, dan walaupun keluarga kanak-kanak itu telah menarik balik dakwaan rogol tersebut, namun pihak berkuasa tetap harus mendakwa Riduan kerana kanak-kanak itu masih di bawah umur 16 tahun.

    ReplyDelete
  2. Pada persidangan Women Deliver di Kuala Lumpur baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah pun menyatakan komitmennya untuk memperkasakan wanita dan memastikan setiap kanak-kanak perempuan mendapat kehidupan yang lebih baik sama ada dari segi ekonomi, jaminan keselamatan dan juga kesihatan. Maka Najib harus mengotakan komitmennya.

    Selain dari pemimpin Barisan Nasional, kita juga mahu agar semua pemimpin parti-parti politik seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengaku memperjuangkan perubahan, keadilan dan hak asasi manusia untuk menyatakan secara terbuka sokongan mereka terhadap larangan dan penghapusan perkahwinan bawah umur. Kanak-kanak biarlah hantar ke sekolah, bukan dikahwinkan.

    ReplyDelete
  3. Kes rogol semakin meningkat dan sekiranya perkahwinan di jadikan sebagai penyelamat daripada dimasukkan ke dalam penjara adalah amat perlu pihak yang berkenaan melihat perkara ini dengan lebih teliti. Perbuatan orang seperti ini tidak boleh diterima. Kebahagiaan dan paling penting keselamatan mangsa juga patut di ambil kira

    ReplyDelete