BORNEO SABAH ARAMAII

Friday 12 July 2013

Peniaga disaran jaga kebersihan

"Peniaga Bazar Ramadan di negeri ini diingatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan persekitaran dan makanan ketika menjalankan perniagaan sepanjang bulan Ramadan." Datuk Jainab (Borneo Insider)


Isu kebersihan merupakan isu penting yang perlu diambil kira oleh peniaga-peniaga ketika menjalankan perniagaan di Bazar Ramadan. Kebersihan merupakan faktor paling penting ketika menyediakan sesuatu makanan terutamanya makanan untuk di jual.

Bazar Ramadan menjadi tumpuan orang ramai kerana pelbagai juadah di jual di tempat tersebut . Lagi pula Bazar tersebut akan ada setiap kali bulan puasa sahaja. Orang ramai mengambil kesempatan untuk menikmati juadah di jual di tempet tersebut ketika bulan puasa. 

Sudah pastinya peniaga-peniaga akan memasak dalam kuantiti yang banyak untuk menampung permintan orang ramai yang berkunjung. Akan tetapi menjadi satu masalah sekiranya makanan yang telah dimasak tidak habis di jual. Menjadi kebimbangan orang ramai kerana kadang-kala makanan yang dijual tidak segar dan mungkin juga makanan yang di jual adalah makanan semalaman. Peniaga juga perlu memastikan hal ini tidak terjadi, kerana kebersihan bukan sahaja dari persekitaran dan juga cara penyediaan dan penjagaan makanan tersebut tetapi juga kualiti makanan yang hendak dijual. Jangan hanya kerana ingin mengaut keuntungan lebih, kesihatan diabaikan. Tetapi, sudah pastinya peniaga-peniaga sekarang semakin bijak dan bertimbang-rasa lebih-lebih lagi pada bulan puasa ini. 

Sesiapa yang belum pernah melihat dan merasai suasana dan juga pelbagai juadah yang di jual di bazar, jangan lepaskan peluang datang ke bazar ramadan terdekat anda. Boleh berkongsi juadah bersama sahabat-handai ketika berbuka puasa. Dan jangan lupa untuk membeli dengan berhemah jangan mengikut rasa. Amalkan berjimat-cermat.

5 comments:

  1. Keenakan menjamu selera sering kali membuat kita alpa dengan persekitaran yang ada. Kebersihan sering diabai oleh individu yang tidak mengambil berat kesihatan diri.

    ReplyDelete
  2. Keselamatan dan kebersihan makanan adalah isu yang tidak boleh dipandang remeh terutama sekali ibu bapa. Ini kerana kanak-kanak mudah terdedah dengan penyakit akibat makanan kotor dan tidak selamat. Bahan makanan, sama ada mentah atau masak mestilah terjamin keselamatannya.

    ReplyDelete
  3. Makanan boleh tercemar disebabkan oleh kuman, bakteria dan virus berbahaya, bahan kimia alam sekitar dan industri, juga racun yang wujud semula jadi pada ubi kayu, ikan dan cendawan.

    ReplyDelete
  4. Makanan yang mudah dicemari ialah daging, ayam, ikan, susu segar, makanan yang telah dimasak dan berkuah.

    Makanan yang bersih dan selamat penting bagi keselamatan diri individu. Ini kerana gejala keracunan makanan berpunca daripada makanan yang tercemar.

    ReplyDelete
  5. Setiap individu mestilah tahu hak-hak mereka dalam memilih premis yang bersih. Setiap peniaga bertanggungjawab makanan yang dijual adalah selamat

    ReplyDelete