BORNEO SABAH ARAMAII

Tuesday 9 July 2013

Jangan Pandang Sebelah Mata Usaha Kerajaan Meningkatkan Pendapatan Isi Rumah



Satu kenyataan daripada pembangkang mengenai perlunya meningkatkan pendapatan isi rumah diterbitkan di KeadilanDaily. Ahli parlimen kelana Jaya, Wong Chen menyarankan kerajaan supaya tidak menumpukan hanya kepada kawalan hutang isi rumah, tetapi juga beri keutamaan kepada peningkatan pendapatan. Hal ini sebenarnya berhubungkait dengan kenyataan daripada BNM 5 Julai lepas, iaitu mengenai langkah-langkah untuk mengelakkan hutang isi rumah berlebihan dan memperkukuhkan amalan pemberian pinjaman bertanggungjawab oleh pemberi kredit utama. 

Jawapan bagi persoalan parlimen Kelana Jaya sememangnya nyata dan jelas sekali. Pembangkang tidak perlu mempersoalkan tentang isu meningkatkan pendapatan isu rumah, ini adalah kerana kerajaan sangat komited membangun dan meningkatkan ekonomi Malaysia malahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyatakan Malaysia bakal menjadi negara maju berpendapatan tinggi pada 2018, dua tahun daripada tahun 2020 yang disasarkan. 

Kenyataan itu bukanlah satu angan-angan akan tetapi pasti akan tercapai. Setakat ini Bank Dunia telah meletakkan Malaysia di tempat ke-12 dalam laporan 'Doing Business Report 2013'. Peningkatan kedudukan di seluruh dunia membuktikan Malaysia semakin memperbaiki kedudukannya. 

Sepatutnya isu kerajaan perlu meningkatkan isi rumah tidak perlu timbul kerana kerajaan sekarang sedang dalam proses meningkatkan pendapatan isi rumah. Buktinya, kakitangan awam akan menerima kenaikan satu tangga gaji berkuat kuasa 1 Julai 2013 yang lepas. Pengumuman mengenai kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320 telah dimaklumkan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 

Jadi, tidak boleh disangkal lagi sebenarnya kerajaan sedaya-upaya berusaha meningkatkan pendapatan isi rumah. Ini merupakan berita gembira kepada yang layak mendapat satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) yang membabitkan semua kakitangan awam di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) samaada yang bertaraf tetap, sementara dan juga yang dilantik secara kontrak. 

Selain itu juga, pertumbuhan ekonomi Malaysia yang membantu dalam peningkatan pendapatan isi rumah didorong oleh Pertumbuhan Keluaran Kasar (KDNK) semenjak 2009. Ketua Pakar Ekonomi Malaysian Rating Corp Bhd (MARC), Nor Zahidi Alias sendiri mengakui bahawa jika Malaysia boleh mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang memuaskan ini, mungkin melihat lebih peningkatan pada pendapatan isi rumah. 

Di lihat banyak program kerajaan yang mampu menjana ekonomi negara sekaligus membantu dalam meningkatkan jumlah pendapatan isi rumah. Antaranya dari awal tahun sehingga sekarang terdapat program yang memanfaatkan rakyat, contohnya pada Januari 1, 2013 sahaja Risda dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) telah menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) bagi melaksanakan pelbagai program secara bersepadu yang bakal memberi manfaat kepada kira-kira 150,000 petani dan pekebun kecil di wilayah Ketengah.
Kerajaan juga telah memperuntukkan RM210 juta untuk Program Syarikat Peringkat Pertengahan (PPSPP) bertujuan membantu meningkatkan daya saing syarikat bersaiz sederhana tempatan di peringkat antarabangsa. 

Di Sabah sendiri, dalam sektor perikanan Sabah mampu meraih sehingga RM3.21 billion dalam pelaburan swasta tahun lalu dengan pulangan dianggarkan kepada RM6.35 bilion. Bahkan, projek akuakultur turut berkembang dalam sektor perikanan menerusi dua projek besar; projek integrasi ladang udang bernilai lebih RM3 bilion terdiri daripada Taman Pertanian (RM2 bilion) dan juga projek Pusat Akuakultur di Telaga, Pitas (RM1.4 bilion).
 
Usaha kerajaan membuktikan komitmen berterusan untuk meningkatkan pendapatan negara. Sekarang, Malaysia sudah berada di landasan yang betul bagi merealisasikan Wawasan 2020, ini dapat dibuktikan melalui hasil yang ditunjukkan daripada Program Transformasi Kerajaan dan juga Program Transformasi Ekonomi jelas memberi kesan positif dalam ekonomi Malaysia.

Semoga Malaysia terus maju...Terima Kasih Barisan Nasional

0 comments:

Post a Comment