BORNEO SABAH ARAMAII

Wednesday 31 July 2013

Bekalan Diesel Dijamin Cukup Untuk Sabah

 
KOTA KINABALU, 30 Julai- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek telah meyakinkan kerajaan Sabah bahawa kekurangan diesel di negeri itu telah berakhir.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata beliau telah menyuarakan kebimbangannya tentang perkara itu kerana kekurangan tersebut telah menyebabkan kesusahan kepada rakyat.

"Menteri berkenaan telah memaklumkan kepada saya bahawa bekalan diesel di negeri ini telah kembali normal, dengan kuota tambahan 24.196 juta liter telah diluluskan untuk seluruh negara dan sembilan juta liter untuk Sabah," katanya dalam satu kenyataan selepas mesyuarat ringkas dengan Hasan di sini Selasa.

Musa menasihatkan pemilik stesen petrol untuk mematuhi undang-undang yang ada dan tidak menjual diesel bersubsidi kepada pelanggan yang tidak layak seperti kilang-kilang dan industri berat.

Musa juga meminta Hasan memastikan terdapat bekalan barangan keperluan Hari Raya termasuk daging, ayam, ikan, telur dan lain-lain barang makanan untuk perayaan Hari Raya Aidilfitri.

"Kami juga berharap kementerian berkenaan akan memantau harga barangan tersebut dan menghalang pedagang daripada meningkatkan harga dan mengambil peluang daripada permintaan yang meningkat," katanya.BERNAMA

0 comments:

Post a Comment