BORNEO SABAH ARAMAII

Wednesday 3 July 2013

Pengeboman Ikan Di Sabah, Warga Asing Bertanggungjawab


Menurut Jabatan Perikanan Negeri Sabah, aktivit pengeboman di perairan Sabah adalah kebanyakannya dilakukan oleh warga asing. Perbuatan mereka telah menjejaskan terumbu karang, populasi ikan, dan juga memberikan kesan negatif terhadap industri pelancongan Sabah. 
 
Aktiviti pengeboman ikan di perairan Sabah semakin berleluasa di perairan Mantanani dan juga Pulau Mengalum di pantai barat dan juga di perairan Pulau banggi dan tidak ketinggalan juga perairan Semporna. 
 
Menurut Ketua bahagian undang-undang dan penguatkuasa bahagian Mohd Yusoff Anthony Abdullah, 47 berkata bahawa pihak mereka juga menerima laporan daripada pengeboman ikan di mabul dan Pulau Sipadan daripada penyelam asing yang menekankan hal tersebut di dalam akhbar.
 
 
Jelasnya, kebanjiran PATI di Sabah bukan sahaja menggugat keselamatan orang tempatan malahan menjejaskan ekosistem perairan Sabah. Tindakan serta hukuman yang setimpalnya harus dilaksanakan bagi mengekang aktiviti ini daripada terus berleluasa. 


1 comments:

  1. warga asing mmg suka buat pelbagai masalah.. ikan pun dibom

    ReplyDelete