BORNEO SABAH ARAMAII

Monday 15 July 2013

Pembangunan di N4 Matunggong Hasil Usaha BN

Pada pilihanraya umum ke-13 yang lepas, di kawasan DUN N4 Matunggong menyaksikan lima (5) calon dari parti berlainan bersaing dalam merebut kerusi di kawasan tersebut. Apa yang dapat di lihat bahawa dua calon iaitu; Sarapin Bin Magana (BN) dan Jelani Bin Hamdan (PKR) adalah calon-calon yang salin memberikan saingan yang sengit. Keputusan muktamad PRU-13 di kawasan ini adalah kemenangan berpihak kepada pembangkang.

Persoalannya sekarang, bilakah lagi wakil DUN PKR, Jelani Hamdan akan mula menunaikan janji-janji sewaktu di PRU-13 yang lalu. 

"Pembangunan yang berlaku di Matunggong adalah atas hasil usaha Barisan Nasional (BN) yang tidak boleh dinafikan oleh pihak pembangkang." Datuk Seri Dr maximus Ongkili (Borneo Insider).

Kenyataan Datuk Maximus adalah sangat tepat sekali, selama ini N4 Matunggong adalah di bawah pemerintahan parti PBS yang merupakan parti kompenan Barisan Nasional. Banyak sumbangan kerajaan kepada pembangunan di kawasan ini. Contohnya, projek-projek pembinaan bangunan sekolah yang menumpang di sekolah lain seperti SMK Bengkongan yang sudah bermula beroperasi tahun ini. Pembangkang tidak menampakkan hasil usaha mereka membantu rakyat.

Sekarang masa depan kawasan N4 Matunggong adalah di tangan pembangkang. Adakah kawasan ini akan melalui tempoh kelam di bawah pimpinan PKR untuk 5 tahun akan datang. Kita tunggu dan lihat, sudah pastinya ramai penyokong BN di kawasan ini menanti peluang mengembalikan semula kawasan ini di bawah pemerintahan Barisan Nasional.

Sepanjang tempoh pemerintahan BN di kawasan ini, menurut kenyataan daripada Datuk Maximus
sejak empat tahun lepas, Matunggong menerima peruntukan paling tinggi untuk bekalan air yang mencecah hampir RM300 juta selain kelulusan kerajaan persekutuan untuk membina semula 21 rumah panjang bagi menggantikan yang sedia ada, sebuah bangunan sekolah dan projek menaik taraf lima batang jalan raya.

Warga N4 Matunggong, sememangnya wajar sekali kerajaan di beri peluang mentadbir kawasan tersebut keranan yakin dan percaya sahaja bahawa wakil-wakil rakyat BN dan khususnya YB Sarapin tidak pernah berdiam diri dan berpeluk tubuh jauh sekali berpuas hati dengan pembangunan yang ada malahan pasti akan berusaha maju ke hadapan. 

Dalam masa yang sama juga, pemimpin memerlukan sokongan dari rakyat untuk saling membantu . Jangan hanya tahu merungut dan menyalahkan wakil rakyat semata-mata. Apapun pada PRU-14 yang akan datang sudah pastinya gelangang pertaruhan akan sengit, jentera pilihanraya pasti berlipat kali ganda. Teruskan usaha BN!
 

0 comments:

Post a Comment