BORNEO SABAH ARAMAII

Friday 5 July 2013

Perangi Rasuah, Kunci Pembangunan Pesat


"Semua pihak perlu bersama-sama memikul tanggungjawab dalam usaha untuk mengatasi gejala rasuah terutamanya dalam sistem penyampaian perkhidmatan dan perolehan Kerajaan dapat dikurangkan dan dibanteras sepenuhnya" Musa Aman (Borneo Insider)


Penulis pernah menerbitkan satu artikel di bawah tajuk Rasuah:Jenayah Kolar Putih pada bulan Jun yang lepas dan bulan ini sekali lagi penulis ingin berkongsi tentang isu rasuah ini. Isu rasuah merupakan isu yang penting untuk orang umum mengetahui secara lebih dekat lagi. Oleh kerana itu mari kita meninjau setakat bulan Mei 2013 jumlah peratus statistik tangkapan yang telah dilakukan oleh SPRM.

Gambar rajah diatas menunjukkan jumlah penangkapan atas penjawat awan dan juga awam yang didapati melakukan jenayah rasuah. Sebenarnya jenayah ini merupakan jenayah yang berbahaya yang akan mengaibkan individu malahan organisasi yang dikaitkan dengan individu tersebut.

Kebimbangan dan kerisauan Musa Aman sememangnya berasas kerana pembangunan negara terutamanya dalam Program Transformasi  Kerajaan (GTP) tidak akan berjalan dengan lancar dan akan tergendala sekiranya gejala ini terus berleluasa dan akan terus bertambah.

Kebimbangan besar dari isu rasuah ini akan menjejaskan ekonomi negara sekaligus merosakkan pandangan orang awam terhadap mutu pentadbiran awam khususnya kerana sebahagian pesalah yang melakukan kesalahan ini adalah daripada golongan penjawat awam. Semua ini akan berbalik kepada kerajaan, orang ramai akan mempersoalkan pemerintahan kerajaan.

Akan tetapi jangan cepat sangat menuding jari kepada kerajaan kerana untuk mengatasi masalah ini memerlukan kerjasama masyarakat. Bak kata pepatah Melayu "Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh", maka itu seruan pemimpin kita seperti yang telah dinyatakan oleh Ketua Menteri Sabah, Musa Aman haruslah disahut.

Secara kesuluruhannya, rasuah terjadi oleh kerana sikap manusia yang tidak pernah puas dengan apa yang mereka miliki. Orang-orang yang melakukan rasuah ini sememangnya tidak pernah bersyukur dengan apa yang mereka miliki. Hukuman setimpal memang patut di beri kepada mereka. Akhir sekali, beringat sebelum kena..kalau dah kena, tanggunglah sendiri.

0 comments:

Post a Comment