BORNEO SABAH ARAMAII

Thursday 13 June 2013

Warga Indonesia Di Sabah Perlu Mendaftar Sebagai Pengundi

Malaysia baru saja selesai dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 pada bulan Mei yang lepas, dan seterusnya tahun hadapan 2014 adalah giliran negara jiran, Indonesia yang akan mengadakan Pilihanraya Presiden. 

Menurut laporan terdapat kira-kira 179,000 warga Indonesia di Sabah yang boleh mengundi sehingga Mei tahun ini. Buat masa ini mereka ini dianggap sebagai 'pengundi sementara' dan sebelum Pilihanraya Presiden 2014 mereka di kehendaki untuk mendaftar diri mereka untuk layak mengundi. Suruhanjaya Pilihanraya Indonesia dari masa ke semasa perlu mengemaskini maklumat rakyat Indonesia yang layak mengundi. 

Justeru itu, Ketua Konsul Indonesia Seopeno Sahid telah menggesa rakan senegaranya di Sabah untuk mendaftarkan diri mereka supaya mereka dapat melaksanakan hak-hak perlembagaan sebagai warganegara. 

Mengundi merupakan hak setiap individu. Jangan lepaskan peluang untuk mengubah masa depan negara anda!

0 comments:

Post a Comment