BORNEO SABAH ARAMAII

Sunday 7 April 2013

Manifesto BN Merupakan Aku Janji Hebat Dan Terbaik BN Kepada Rakyat Malaysia, kata Musa




TAWAU, 7 April — Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menyifatkan manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam sebagai aku janji hebat dan terbaik BN  untuk membawa kemakmuran kepada seluruh rakyat Malaysia.
Musa berkata manisfesto berkenaan bersifat menyeluruh dalam memenuhi aspirasi seluruh lapisan masyarakat Malaysia di manapun mereka berada termasuk di Sabah.
“Kita menganggap manifesto BN ini sebagai aku janji kepada seluruh rakyat yang begitu hebat, terbaik yang cukup memberi manfaat kepada seluruh lapisan rakyat, tidak kira di bandar, di luar bandar, orang lama, orang muda, wanita, semuanya tidak tertinggal.
“Ini satu manifesto atau aku janji yang begitu tepat, begitu lengkap yang memberi manfaat kepada kita semua. Saya percaya inilah yang dikehendaki oleh rakyat kerana ia mengambil kira semua lapisan dan semua sektor. Saya percaya rakyat menyambut baik manifesto atau aku janji ini.
“Insya-Allah, dengan ini saya percaya ia akan memberi semangat yang lagi kuat, lagi kukuh untuk mereka terus menyokong parti BN. Mereka (rakyat) tahu bahawa BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, janji ditepati. Apa yang dijanjikan BN akan kita tepati,” katanya.
Musa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah dan Pengerusi BN Sabah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Jerayawara Yayasan Sabah Bersama Rakyat bagi Zon Pantai Timur Selatan di sini hari ini.
Jerayawara itu antara lain bertujuan memberi maklumat kepada rakyat berkaitan aktiviti Yayasan Sabah untuk membangunkan sosioekonomi, mendapat sambutan ribuan penduduk Tawau dan disifatkan Musa sebagai tanda sokongan padu  rakyat terhadap kepimpinan BN di peringkat negeri dan pusat.
Musa meminta rakyat Sabah supaya terus teguh menyokong kerajaan BN kerana di bawah kerajaan BN nasib rakyat akan terus terbela sementara negara sentiasa dalam keadaan sejahtera dan selamat.
Mengulas mengenai cadangan pembinaan lebuh raya dari Semantan di Sarawak hingga ke Serudong di Tawau, Sabah, sepanjang 2,300 kilometer, dalam aku janji BN berkenaan, Musa berkata ia akan memberi impak besar kepada rakyat yang tinggal berhampiran lebuh raya itu.
Katanya infrastruktur asas itu sudah tentu akan mempermudahkan pelbagai lapisan masyarakat seperti petani untuk memasarkan keluaran pertanian mereka.
Musa turut melawat 65 penduduk Kampung Bukit Kukusan yang rumah mereka ranap dirempuh bongkah batu besar yang bergolek dari kawasan kuari di atas bukit, pagi semalam menyebabkan enam penduduk cedera.
Bernama difahamkan kerajaan negeri sudah mengarahkan supaya mangsa yang layak ditempatkan di Projek Perumahan Rakyat Semarak.

42 comments:

  1. Ahli politik dari kedua-dua belah pihak enggan untuk mengalah dalam satu forum malam tadi, saling tuduh menuduh diantara satu sama lain meniru manifesto menjelang Pilihan Raya 2013 yang semakin hampir.

    Perdebatan hangat dalam forum yang dianjurkan oleh Pusat Kajian Polisi Awam (CPPS) di sini muncul selepas tuduhan oleh timbalan pengerusi Barisan Nasional (BN) Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa Pakatan Rakyat (PR) meniru dasar-dasar kerajaan sedia ada menjadi janji pilihan raya mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiru atau tidak, mereka sendiri yang tahu. Yang penting rakyat diutamakan melalui Manifesto yang diumumkan.

      Delete
  2. “Ya, kita boleh melihat kepada tajuk manifesto: ‘Janji Ditepati Harapan Rakyat’. Sama seperti ‘Pakatan Harapan Rakyat,” kata Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dari PAS, apabila ditanya oleh penonton apakah BN meniru manifesto PR.

    Manifesto BN yang dilancarkan pada Sabtu bertajuk ‘Menepati Janji, Membawa Harapan’.

    Sementara manifesto PR yang dilancarkan pada Febuari bertajuk ‘Pakatan Harapan Rakyat’.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat harapkan masa depan yang lebih cerah.

      Delete
  3. Kedua-dua manifesto menjanjikan beberapa pemberian wang tunai dan perubahan polisi kepada hampir setiap segmen dalam masyarakat.

    “Kami yang pada awalnya memulakan semua manifesto ini, akan tetapi selepas seseorang datang kemudian, kami mengatakan mereka peniru,” kata Mujahid sambil menerangkan manifesto PR telah mula dibuat sebaik sahaja pakatan tersebut bersetuju dengan Rangka Polisi Bersama pada Disember 2009.

    “Tidak perlu berdebat mengenai siapa yang mulakan dahulu kerana jelas Pakatan yang memulakan beberapa tahun dahulu,” kata pengarah Pendidikan Politik Nasional DAP Liew Chin Tong bersetuju dengan pandangan Mujahid.

    ReplyDelete
  4. Naib Presiden MCA Senator Gan Ping Sieu menyerang kembali Liew dengan menegaskan idea-idea yang dibentangkan PR dalam manifeto mereka merupakan idea umum yang tidak dimiliki oleh sesiapa.

    “Bagaimana kamu mencuri idea seolah-olah idea boleh dicuri? … anda mahu monopoli dan kredit, “kata Gan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitu baik jikalau pembangkang dan BN sanggup mengetepikan isu peribadi dan melaksanakan Manifesto.

      Delete
    2. Idea baru yang memanfaatkan lebih banyak golongan harus dikemukakan.

      Delete
  5. Rakan beliau dalam forum, ahli majlis tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah walau bagaimanapun, cuba untuk menjauhkan dirinya daripada debat tiru meniru itu.

    Beliau mengakui ahli politik selalunya mahu menyerang sesama sendiri berbanding membincangkan isu dan melawak mengenai pada pilihan raya umum ke 14 nanti, semua parti akan berlumba-lumba siapa yang akan mengeluarkan manifesto terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  6. “Kita seharusnya membawa perbincangan politik ke tahap seterusnya … Saya rasa rakyat seharusnya menerima ini sebagai rahmat,” kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi kerajaan sementara itu mengenai kedua-dua gabungan yang menuduh sesama sendiri meniru manifesto.

    “Ini menunjukkan bahawa kedua-dua pihak menjadi lebih sederhana dalam pendekatan mereka untuk memenangi pilihan raya umum. “

    ReplyDelete
  7. Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman has described the Barisan Nasional’s ‘Akujanji’ (‘I promise’) manifesto launched by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak on Saturday as a promising prosperity pledge for the Malaysian people.

    “It is comprehensive and will benefit every strata of the Malaysian society, whether urban or rural, the elderly, the young, or women. No one is left out.

    “I believe this is what the people want. God-willing, it will further motivate those who support the BN. They know that the BN led by Datuk Seri Najib Tun Razak would keep its promise,” he said.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat bukan tidak berkeyakinan dengan Najib tetapi banyak pemimpin yang tidak menjalankan tanggungjawabnya yang menyebabkan rakyat kehilangan keyakinannya.

      Delete
  8. On the construction of the 2,300-kilometre Semantan Sarawak-Serudong Tawau highway as proposed in the BN manifesto, he said it would create a major impact on the people particularly farmers along the route.

    In Kuching, Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) president Tan Sri William Mawan said the manifesto was realistic as it was within the BN coalition’s ability to deliver its promises.

    Mawan, who is also state Social Development Minister, said he never doubted the BN’s commitment to continue narrowing the regional disparity between Sarawak and Sabah with states in the peninsula in the next five years.

    ReplyDelete
  9. Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) deputy information chief Datuk Peter Minos said BN was on the right footing by dedicating itself to really going out to improve all aspects of life among the rural people, not just because they were generally pro BN but because it was good to see both urban and rural populace moving up in tandem together.

    “Given the political will and given a caring and concerned prime minister, I am confident that BN will think and do more for the struggling rural people in the years to come,” said Minos, who is also former Dayak Bidayuh National Association president.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat yang menjadi risiko dan bahan yang dikorbankan.

      Delete
  10. Meanwhile, Sarawak Kayan Association (SKA) deputy president, Dennis Ngau, today said the manifesto covered the crucial needs of everyone, regardless of their racial backgrounds or localities.

    “No reason why we cannot rejoice from this manifesto. We are from a small ethnic group but we are also included. This manifesto pledged the continuation and improvement to the existing touch points projects that should be supported by all,” he said.

    Sarawak Bisaya Association (SBA) president, Antonio Kahti Galis, described the manifesto as being well-thought and placing great emphasis on education excellence.

    “The pledge to improve the standard of the Pan-Borneo road that linked Sabah and Sarawak would also help to connect people who stayed in smaller settlements along the way,” he said.

    ReplyDelete
  11. Persatuan Anaq Vaie, an association representing the ethnic Melanau in Bintulu, welcomed the BN pledge to prioritise the development of better roads in Sarawak.

    “In every election, the Pan-Borneo road (upgrading) had always been the issue and for the first time BN put it clearly that it will be what they will pursue once they get the mandate from the government,” its adviser, Pandi Suhaili said.

    In George Town, Penang, Universiti Sains Malaysia (USM) associate prof Dr Sivamurugan Pandian viewed the BN manifesto as not a rhetoric pledge but a well laid out and comprehensive plan for the future.


    ReplyDelete
  12. Penang Malay Association president Datuk Seri Mohd Yussof Latiff said the BN manifesto did not only reflect its leaders’ concern for the people but also its earnestness to maintain the country’s accomplishments.

    In Terengganu, Engku Nurul Aima Tengku Amri, 26, who is doing her practical training after following a course for unemployed graduates last year, expressed cheer upon hearing that the 1Malaysia People’s Aid (BR1M) had been increased from RM500 to RM1,200 for the next five years.

    “I am glad that the prime minister has also announced that 3.3 million jobs will be offered including two million in the high income sector in the next five years,” she said.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga masalah pengangguran dapat ditanggani.

      Delete
  13. Trader Wan Mohamad Hazman Wan Ramli, 42, said the BN’s assurance to review the National Automotive Policy and reduce vehicle prices by 20 to 30 percent was good news for the people as such transportation had become a family necessity.

    “Similarly, the 500,000 proposed affordable homes would be a ray of sunshine for the lower and middle income group,” he said.

    Refreshment hawker Faramasliani Mohd Yassin, 31, noted the BN government’s sincerity in wanting to improve the wellbeing of the people, “compared to the opposition’s manifesto which held doubtful promises”.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Biarlah rakyat sendiri menilaikannya, sudah pasti rakyat memiliki hak untuk terima mana-mana Manifesto.

      Delete
  14. Another hawker Nordin Mohamad, 52, said the people were fortunate that the BN government had provided various facilites for their need.

    “I am certainly satisfied with the BN manifesto,” said Nordin who with his wife Cik Wook Abdullah, 52, and family live in a house provided under the hardcore poor housing programme in Kampung Bukit Tok Ris, Bukit Tunggal here...


    ReplyDelete
  15. mmg manifesto ini adalah yang terbaik

    ReplyDelete
  16. Aku Janji BN ditelaah dan diteliti oleh sekelompok pemikir pakar mengikut pengkhususan skop.. sebab itu ianya dikatakan TERBAIK

    Perdana Menteri telah pun melancarkan Manifesto Barisan Nasional bagi Pilihanraya Umum ke 13 semalam yang bertemakan ‘Menepati Janji, Membawa Harapan’. Ianya disambut baik oleh semua golongan yang jelas semakin yakin dengan kerajaan.

    ReplyDelete
  17. Aku Janji BN ditelaah dan diteliti oleh sekelompok pemikir pakar mengikut pengkhususan skop.. sebab itu ianya dikatakan TERBAIK

    Pada tahun 1995, manifesto BN berbunyi Berwawasan, Adil dan Efisien. 1999 pula berbunyi Malaysia Bebas, Sepadu dan Maju, 2004 - Cemerlang, Gemilang dan Terbilang dan 2008 – Selamat, Aman dan Makmur. Kesemuanya dirangka sebaik mungkin bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

    ReplyDelete
  18. Aku Janji BN ditelaah dan diteliti oleh sekelompok pemikir pakar mengikut pengkhususan skop.. sebab itu ianya dikatakan TERBAIK

    Walaubagaimanapun, manifesto 2013 ini diangkat sebagai yang terbaik dalam sejarah oleh sesetengah pemerhati politik kerana sifatnya yang lengkap, padat dan yang paling penting, berasaskan senario kehidupan sebenar rakyat serta perkembangan dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat yang akan dimanfaatkan diakhirnya.

      Delete
  19. Aku Janji BN ditelaah dan diteliti oleh sekelompok pemikir pakar mengikut pengkhususan skop.. sebab itu ianya dikatakan TERBAIK

    Manifesto BN kali ini dikatakan berpijak di bumi nyata atau realistik, namun di masa yang sama memberi keyakinan dan keazaman kepada rakyat untuk sama-sama berdiri di belakang BN dalam usaha kita membina sebuah negara yang lebih baik. Tema ini juga dilihat sebagai gambaran keikhlasan kepimpinan, bersifat yakin tetapi merendah diri, tekad berusaha namun tetap berserah kepadaNya.

    ReplyDelete
  20. Aku Janji BN ditelaah dan diteliti oleh sekelompok pemikir pakar mengikut pengkhususan skop.. sebab itu ianya dikatakan TERBAIK

    Ini kerana, realitinya, dunia telah berubah bukan sahaja dari segi landskap tetapi juga dari segi politik. Jika dahulu kita hanya bercakap tentang dunia tanpa sempadan tetapi hari ini kita telah terpaksa berdahapan dengan kesan dari kesamaran sempadan itu.

    ReplyDelete
  21. Aku Janji BN ditelaah dan diteliti oleh sekelompok pemikir pakar mengikut pengkhususan skop.. sebab itu ianya dikatakan TERBAIK

    Segalanya bukan lagi rahsia dan semuanya boleh didapati di hujung jari. Malah, jatuh bangun sesebuah negara kini tidak lagi bergantung kepada rakyat dan kerajaannya semata-mata tetapi kedaulatan negara boleh dicerobohi tanpa perlu pun mengangkat senjata.

    ReplyDelete
  22. Aku Janji BN ditelaah dan diteliti oleh sekelompok pemikir pakar mengikut pengkhususan skop.. sebab itu ianya dikatakan TERBAIK

    Hanya dengan hujung jari, kita boleh mencetuskan penghapusan etnik sepertimana yang berlaku kepada Rohingya ataupun menempah neraka sepertimana berlaku di Libya, Syria ataupun Mesir. Kehebatan akal manusia yang diamanahkan sebagai anugerah tertinggi kepada makhlukNya teruji hampir ke tahap maksima, di mana hanya yang bijak dan menguasai ilmu sahaja yang akan menang.

    ReplyDelete
  23. Aku Janji BN ditelaah dan diteliti oleh sekelompok pemikir pakar mengikut pengkhususan skop.. sebab itu ianya dikatakan TERBAIK

    Justeru, bagi negara yang penguasaan ilmu iaitu sains dan matematik berada di tahap yang sangat lemah dan semakin lemah, Malaysia berhadapan dengan cabaran mentaliti dan sikap dalam menangani berbagai asakan yang dahulunya asing bagi kita . Antaranya, asakan terhadap jati diri, akidah, keyakinan diri, sehinggalah kepada kestabilan dan kedaulatan negara.

    ReplyDelete
  24. Aku Janji BN ditelaah dan diteliti oleh sekelompok pemikir pakar mengikut pengkhususan skop.. sebab itu ianya dikatakan TERBAIK

    Alhamdulillah, kerana kepimpinan negara nampaknya begitu peka akan keadaan ini lalu meletakkan landasan baru yang lebih kukuh, sesuai dengan iklim dunia baru bagi menahan getaran dari segala asakan tersebut. Dari situ, Manifesto BN yang dirangka menyenaraikan 17 perkara penting sebagai persediaan membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

    ReplyDelete
  25. Aku Janji BN ditelaah dan diteliti oleh sekelompok pemikir pakar mengikut pengkhususan skop.. sebab itu ianya dikatakan TERBAIK

    Respons awal pihak Pakatan Rakyat terhadap pembentangan komitmen Aku Janji Barisan Nasional, manifesto mendepani PRU-13 adalah menuduh komitmen BN menciplak dan meniru Manifesto mereka. Malahan, Naib Presiden PKR, YB Nurul Izzah menyatakan BN telah melakukan satu tindakan plagiarisme.

    ReplyDelete
  26. Aku Janji BN ditelaah dan diteliti oleh sekelompok pemikir pakar mengikut pengkhususan skop.. sebab itu ianya dikatakan TERBAIK

    Tawaran Aku Janji BN adalah berdasarkan isu kepentingan rakyat. Persoalannya, siapa kata isu-isu rakyat ini adalah hak eksklusif, hak milik terpelihara dan hak cipta Pakatan Rakyat? BN menjalankan kajian terperinci terutama sepanjang Jelajah Janji Ditepati untuk mendasari isu-isu rakyat.

    ReplyDelete
  27. Aku Janji BN ditelaah dan diteliti oleh sekelompok pemikir pakar mengikut pengkhususan skop.. sebab itu ianya dikatakan TERBAIK

    Tidak semena-mena, apabila Aku Janji BN mengutarakan isu yang hampir serupa, dituduh plagiat. Fundamental demokrasi pilihanraya adalah memperjuangkan isu rakyat. Tiada istilah plagiarisme dalam perjuangan mendahulukan rakyat.

    ReplyDelete
  28. Aku Janji BN ditelaah dan diteliti oleh sekelompok pemikir pakar mengikut pengkhususan skop.. sebab itu ianya dikatakan TERBAIK

    Kita akui ada beberapa isu yang serupa terkandung dalam dokumen ini. Namun, untuk dituduh plagiat adalah tidak berasas kerana isu kepentingan rakyat ada yang serupa tetapi mekanisme serta kapisiti pelaksanaan tentunya tidak sama.

    ReplyDelete
  29. Aku Janji BN ditelaah dan diteliti oleh sekelompok pemikir pakar mengikut pengkhususan skop.. sebab itu ianya dikatakan TERBAIK

    Malahan, jika diamati dan dibuat perbandingan, Aku Janji BN lebih berfokus terhadap kemampuan untuk melaksanakan apa-apa yang dijanjikan. Method mekanisme dan kapasiti yang nyata berbeza ini, di mana relevannya PR menuduh satu penciplakan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab BN lebih kaya dari pembangkang. Pengurusan kewangan boleh tidak terkawal.

      Delete
  30. Aku Janji BN ditelaah dan diteliti oleh sekelompok pemikir pakar mengikut pengkhususan skop.. sebab itu ianya dikatakan TERBAIK

    Aku Janji BN ditelaah dan diteliti oleh sekelompok pemikir pakar mengikut pengkhususan skop. Disebabkan itu, dalam setiap skop yakni 17 komitmen induk disertakan tawaran janji yang akan dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun mendatang. Turut disertakan adalah 'status quo' dan mekanisme sedia ada yang membolehkan unjuran janji-janji tersebut ditawarkan.

    ReplyDelete
  31. Aku Janji BN ditelaah dan diteliti oleh sekelompok pemikir pakar mengikut pengkhususan skop.. sebab itu ianya dikatakan TERBAIK

    Berbeza dengan PR, dokumen mereka hanya melambakkan 'janji-janji' tanpa menyatakan unjuran semasa membolehkan tawaran tersebut dicadangkan. Malahan, kebanyakan mekanisme adalah tidak jelas seperti melaksanakan pendidikan percuma kerana ada peruntukan RM80billion untuk Projek MRT?

    ReplyDelete
  32. Aku Janji BN ditelaah dan diteliti oleh sekelompok pemikir pakar mengikut pengkhususan skop.. sebab itu ianya dikatakan TERBAIK

    ‘Status quo’, kapasiti dan mekanisme yang dijelaskan dalam Aku Janji BN semestinya menjauhkan jurang keyakinan rakyat kepada dokumen Manifesto PR. Di sini, apakah yang ditiru oleh Aku Janji BN? Sebaliknya, PR yang 'tiru', ambil bajet projek BN untuk dijadikan modal melaksana 'janji khayalan' mereka.

    ReplyDelete