Perayaan-perayaan yang diraihkan di seluruh dunia amat memberi galakkan kepada kita untuk mempromosi Sabah keperingkat antarabangsa. Sabah sememangnya sudah diketahui umum bahawa rakyatnya yang berbilang kaum dan berlainan agama dapat hidup dengan aman dan harmoni. Setakat ini belum pernah tercetus pergaduhan atau pertelingkahan yang melibatkan kaum di Sabah. Harap tidak akan pernah berlaku perkara seperti itu di Sabah pada masa akan datang.
Sebagai Ketua Menteri Sabah Datuk Musa tidak ketinggalan untuk sama-sama meneliti apa yang berlaku di sekitar. Baru-baru ini beliau telah merasmikan Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau edisi ke-3. Beliau amat berbangga melihat semangat dan komitmen yang ditunjukkan oleh orang ramai terutama dari golongan muda yang mana bersama-sama untuk menjayakan festival tersebut. Festival itu telah berlansung di perkarangan Majlis Perbandaran Tawau. Seramai 5000 orang yang hadir di festival tersebut merangkumi persembahan dari Malaysia, Brunei Darussalam, Indonesia, Thailand, Japan dan Syiria dan juga 25 kumpulan sub-etnik.
Datuk Musa pada masa sama berpendapat bahawa rakyat Sabah sudah sebati dengan keadaan dan perbezaan yang sedia ada. Keadaan ini selari dengan slogan 1Malaysia yang sememangnya menjadi satu contoh terbaik. Pernyataan ini juga di akui oleh PM kita Datuk Seri Najib Tun Razak. Oleh itu Datuk Musa senantiasa ingin memastikan keharmonian dan kedamaian di Sabah akan sentiasa terjaga. Selain itu beliau juga mengatakan :
"Kita tidak mahu budaya yang tidak sihat, tetapi apa yang kami mahu adalah terus hidup dalam kedamaian dan menikmati pembangunan ekonomi di Sabah"
Selain itu Datuk Musa juga berpesan kepada seluruh rakyat Sabah agar tidak terpengaruh dengan perangkap pembangkang yang hanya bermatlamat untuk melakukan kekecohan seperti demonstrasi jalanan.
Rakyat Sabah amat bertuah kerana dipimpin oleh seorang yang dedikasi dan bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat. Apa yang penting rakyat memberi sokongan padu dan berjalan bersama untuk merealisasikan matlamat kita bersama.
Huminodun.
0 comments:
Post a Comment