BORNEO SABAH ARAMAII

Tuesday 6 August 2013

Krisis Diesel: Kerajaan tumpukan penyelesaian pelbagai, bukan hanya tambahan kuota

Stephen Wong berkata bahawa, sekiranya KPDNKK anggap kuota bekalan diesel tersebut adalah mencukupi bagi permintaan orang awam, mustahil isu kekurangan bekalan diesel akan berlaku jika wujudnya kegiatan penyeludupan dan perdagangan haram. Beliau percaya bahawa sekiranya KPDNKK tidak dapat mengenalpastikan masalah sebenar yang mengakibatkan isu kekurangan bekalan diesel dan mengambil tindakan yang sewajarnya, peningkatan kuota bekalan diesel pun tidak akan menyelesaikan isu ini. - Sabahkini

Bukankah pihak KPDNKK telah menjelaskan bahawa tambahan kuota diesel untuk Sabah hanya untuk penyelesaian sementara? Kenapa dalam kenyataan Stephen Wong seolah-olah langkah penyelesaian itu diambil sebagai penyelesaian jangka panjang? Buat masa ini tambahan kuota diesel itu mencukupi untuk memenuhi permintaan di Sabah.. 

Malah tambahan kuota ini baru sahaja dilaksanakan tidak seperti yang digambarkan Stephen Wong seolah-olah tambahan kuota itu telah dilaksanakan sejak sekian lama. Kerajaan juga mengambil berat dengan masalah ini dan sebab itu KPDNKK ditugaskan untuk membuat kajian dan berbincang dengan persatuan-persatuan berkaitan bagi mencari penyelesaian jangka masa panjang.

Menurut Menteri PDNKK, Datuk Hasan Malek, cadangan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Jainab Ahmad Ayid mengenai mewujudkan pusat pengumpulan dan juga cadangan-cadangan dari pihak lain akan dibawa ke mesyuarat kementerian akan datang. Jesteru, Stephen Wong tidak perlu risau mengenai kemungkinan cadangan beliau tidak diterima oleh kementerian berkenaan. Malahan, KPDNKK mengalu-alukan orang awam termasuklah ahli-ahli politik untuk sama-sama menangani masalah ini samada melalui sumbangan idea mahupun melaporkan sebarang kegiatan penyeludupan diesel ke talian 1800 886 800. 

Disamping melaksanakan penyelesaian jangka pendek dan merangka penyelesaian jangka panjang, kerajaan juga tidak lupa menggunakan pendekatan undang-undang bagi menunjukkan ketegasan kerajaan dalam menangani krisis diesel ini. Buktinya kerajaan telah melakukan operasi sehingga tertangkapnya 12 pengusaha yang didapati bersalah berdasarkan Akta Kawalan Bekalan 1961.

Jesteru, berdasarkan langkah-langkah penyelesaian yang diambil dan dirangka oleh kerajaan terutamanya kementerian yang terlibat, fokus penyelesaian bukanlah terhadap satu faktor sahaja. Malah, faktor-faktor lain seperti peningkatan jumlah kenderaan yang menggunakan enjin diesel dan faktor perayaan perlu juga dipertimbangkang. 

Sebab itu penambahan kuota ini juga penting dalam menyelesaikan krisis diesel di Sabah, kerana sekalipun aktiviti penyeludupan berjaya diselesaikan, tanpa kuota yang mencukupi, masalah kekurangan diesel ini tetap akan berlaku. Sebab itu juga kerajaan memerlukan kerjasama semua pihak dalam memberikan cadangan kerana masalah ini memerlukan penyelesaian yang pelbagai bukan hanya tertumpu kepada aktiviti penyeludupan..

1 comments:

  1. Kerajaan bijak menangani isu kekurangan diesel ini.

    ReplyDelete