KOTA BELUD, 12 Ogos- Jawatan naib presiden dan anggota Majlis Tertinggi Umno perlu dipertandingkan bagi membolehkan anggota parti membuat pilihan terbaik, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said.
Beliau berkata dengan adanya persaingan, maka anggota parti boleh memilih pemimpin terbaik, seiring prinsip demokratik yang diamalkan Umno.
"Jangan ada usaha mewujudkan 'pakej' semua jawatan secara perundingan kerana ia tidak baik untuk parti kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Malam Aidilfitri anjuran Umno cawangan Kampung Pengkalan Abai di sini semalam.
Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah berkata pihaknya bersetuju supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dicabar.
"Jawatan presiden dan timbalan presiden masing-masing hanya satu dan tidaklah perlu menjadi rebutan, tetapi jawatan naib presiden ada tiga...justeru sesuailah ada pertandingan untuk membolehkan anggota membuat pilihan bagi mengisi slot berkenaan," katanya.
Beliau mengulas reaksi pemimpin Umno Sabah yang menyokong saranannya sebelum ini bahawa Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman sesuai bertanding jawatan naib presiden Umno.
Salleh sebelum ini dilaporkan berkata Musa merupakan calon pilihan terbaik bagi mengisi slot jawatan naib presiden Umno, dengan mengambil kira rekod pencapaian Musa memimpin Umno Sabah sehingga menyumbang kemenangan besar pada pilihan raya umum ke-13.
Berikutan kenyataannya itu, beberapa Ketua Umno Bahagian di Sabah menyatakan sokongan secara terbuka kepada Musa jika Ketua Menteri memutuskan bertanding jawatan berkenaan dalam pemilihan parti hujung tahun ini.
Sementara itu, Salleh turut mengingatkan semua anggota parti supaya sentiasa mengutamakan soal perpaduan demi survival perjuangan parti.
"Sebagai parti dominan dan tunjang pemerintahan negara, Umno perlu sentiasa padu dan mantap kerana kekuatannya juga mencerminkan keutuhan kerajaan.
"Oleh itu, setiap anggota parti mesti mendahulukan kepentingan parti daripada kepentingan diri, supaya apabila parti kukuh, maka kerajaan akan menjadi kuat dan hasilnya rakyat akan mendapat manfaat," katanya.BERNAMA

0 comments:
Post a Comment