TAWAU: Aidilfitri di-sambut meriah di Tawau dan Lahad Datu walaupun timbul desas-desus sebelum ini bahawa kumpulan pengganas Kesultanan Sulu dari selatan Filipina akan melakukan gelombang kedua pencerobohan.
Walaupun desas-desus itu turut menyebut akan berlaku penculikan dan kekacauan, ia tidak menampakkan suasana panik mahupun kerisauan dalam kalangan umat Islam dalam menyambut Hari Raya di dua daerah ini.
Di Lahad Datu yang menyaksikan pencerobohan oleh kumpulan militan itu awal tahun ini, lawatan dari rumah ke rumah sanak saudara meriah seperti tahun-tahun lalu dan majlis rumah terbuka diada-kan sepanjang hari pertama dan kedua Hari Raya.
Majlis Rakyat Hari Raya turut diadakan di Kampung Labian, salah satu lokasi yang diceroboh pengganas Kesultanan Sulu dengan persem-bahan hiburan oleh finalis Akademi Fantasia, Mila.
Di Tawau, tinjauan Bernama terutamanya di lokasi yang dikhabarkan menjadi sasaran penceroboh iaitu pusat pemunggahan barangan perniagaan ‘tukar barang’ Sabindo, sehingga Hari Raya pertama menyaksikan aktiviti berjalan seperti biasa sehingga awal pagi.
Kawasan perniagaan ‘tukar barang’ Sabindo sepanjang kira-kira 1,000 meter menghadap lautan terbuka, turut digunakan sebagai laluan ke Nunukan dan Tarakan, di Indonesia selain ke pulau-pulau kecil selatan Filipina seperti Tawi-Tawi yang di-diami masyarakat Tausug dan Suluk.
Peniaga sayur di Sabindo, Abidin Samsudin, 53, meng-akui ada mendengar desas-desus penceroboh akan menyelinap masuk di kawasan berhampiran pemunggahan barangan itu, tempat beliau menjalankan perniagaan.
“Aktiviti perniagaan berjalan seperti biasa dan kami menyerahkan kepada ke-cekapan pihak berkuasa keselamatan dalam mengawal keadaan,” katanya ketika ditemui.
Abidin yang telah menjalankan perniagaan hampir sedekad di pelbagai lokasi di kawasan pasar Sabindo berkata para peniaga hanya inginkan keamanan.
“Apa yang kita lihat dan dengar selain apa yang telah berlaku di Lahad Datu merupakan satu pengajaran dan teladan kepada kami di Tawau ini,” katanya.
Mariamah Osmang, 55, peniaga keropok ikan berkata majoriti peniaga di kompleks pasar Sabindo hanya mahukan pengesahan daripada pihak berkuasa bahawa keselamatan di kawasan pemunggahan barangan itu, terjamin.
“Kami tidak mahu mendengar perkhabaran yang menakutkan, walaupun kami percaya dan yakin akan kebolehan pihak keselamatan. Kalau boleh biarlah ada rondaan dari masa ke masa di kawasan pasar ini,” katanya.
Ketua Daerah Polis Tawau ACP Awang Besar Dullah ketika dihubungi Bernama berkata suasana sambutan perayaan aman di daerah ini dan tidak terdapat sebarang kejadian seperti dikhabarkan.
“Masyarakat peniaga menjalankan perniagaan seperti biasa tanpa ada kerisauan, manakala penduduk meraya-kan Hari Raya dengan meriah seperti tahun-tahun lalu. Begitu juga rumah terbuka sejak hari pertama Hari Raya,” katanya.
Awang Besar berkata anggota polis marin bersama Agensi Penguatkuasa Mari-tim Malaysia (APMM) akan terus membuat pemantauan dan melaksanakan operasi rondaan, sementara pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) mengawasi sebarang kemungkinan pencerobohan.
Insiden penceroboh pengganas selatan Filipina itu menggemparkan negara setelah mereka menduduki kawasan perkampungan di Lahad Datu, pada 12 Februari lepas dan kerajaan melancarkan Operasi Daulat pada 5 Mac dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Lapan anggota polis dan dua tentera terkorban dalam Operasi Daulat manakala 68 pengganas ditembak mati.Borneo Post

0 comments:
Post a Comment