Keadaan di Lahad Datu sudah semakin pulih namun opreasi daulat masih dijalankan. Operasi Daulat juga dikenali sebagai "mopping" yang mana bertujuan untuk memburu sisa-sisa penceroboh. Operasi berjalan lancar dengan usaha sama pasukan keselamatan ATM (Angkatan Tentera Malaysia) dan juga PDRM (Polis DiRaja Malaysia). Bersyukur dengan adanya usaha sama ini keselamatan kita tetapnya terjamin.
Walaubagaimana pun keadaan di Lahad Datu terutamanya di Kg Tanduo sudah terjejas. Smua keluarga telah dipindahkan ke dewan bagi mengelak berlakunya insiden yang tidak diingini semasa pasukan keselamatan kita menjalankan Operasi Daulat. Terjejasnya aktiviti harian mereka membawa kepada masalah-masalah seperti sumber pendapatan.
Sedar dengan keadaan yang tidak memberansangkan buat mereka yang terjejas, kerajaan persekutuan akan menimbangkan kemungkinan memberi bantuan wang ehsan kepada penduduk yang terjejas. Perdana Menteri Kita Datuk Seri Najib Tun Razak melaporkan bahawa isu ini sudah dibincangkan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Selaras dengan slogan 1Malaysia "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan" Datuk Seri Najib sememangnya berjiwa rakyat.
Ketua Menteri, Datuk Musa Haji Aman juga tidak ketinggalan dalam memastikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan. Berikut perbualan yang diadakan dengan Datuk Seri Najib melalui sidang video untuk membincangkan hal berkaitan dengan insiden di Lahad Datu. Berikut adalah pernyataan dari Datuk seri Najib:
"Saya difahamkan punca pendapatan ramai masyarakat tempatan terjejas
termasuk nelayan yang tidak dapat turun ke laut kerana kawasan mereka
diancam oleh kumpulan penceroboh,"
0 comments:
Post a Comment