Sabah tidak asing lagi bila
dikaitkan dengan keindahan dan kehijauan alam semulajadi. Sabah telah lama
menjadi tarikan perlancongan. Keunikan yang ada pada Sabah amat memberi
galakkan kepada pelancong untuk berkunjung. Selain keindahan alam semulajadi
Sabah juga terkenal dengan keunikan budaya yang berbilang bangsa namun dapat
hidup bersama tanpa sebarang masalah. Keadaan ini menyokong slogan 1Malaysia
yang mana tidak ada beza antara kaum.
Kedatangan pelancong ke Sabah
memberi kesan positif kepada pendapatan Negara. Jika ramai pelancong yang
berkunjung ke Sabah lagi banyak pendapatan hasil dari perbelanjaan yang
dibelanjakan oleh mereka. Hal ini juga meninkatkan lagi imej Sabah di peringkat
antarabangsa. Tambahan lagi baru-baru ini Putera William dan isterinya kate
Middleton berkunjung ke Sabah semata-mata untuk melihat sendiri keunikkan
Sabah. Ini amat meningalkan kesan positif kepada sabah.
Kita harus memberi lebih
perhatian kepada sector perlancongan selain memberi perhatian sama dengan sector-sektor
yang lain. Perdana Menteri kita sendiri mengatakan bahawa sector perlancongan
di Sabah menjadi antara penyumbang utama dalam pendapatan Negara.
Penyataan dari PM Datuk Seri
Najib Tun Razak:
"Sepanjang tempoh 49 tahun yang lalu, Sabah telah banyak menyumbang
kepada pertumbuhan Malaysia. Tahun lepas, sektor pelancongan di negeri Sabah
telah menyumbang hampir RM5 bilion kepada ekonomi negara, dengan ketibaan lebih
2.8 juta pelancong, iaitu peningkatan sebanyak 13.6 peratus berbanding tahun
2010.
"Pada keseluruhannya, Malaysia banyak bergantung kepada sumbangan
negeri Sabah, dan oleh itu, kerajaan telah mengutamakan kebajikan negeri itu
melalui Program Transformasi Kerajaan,"
Peranan Sabah dalam sector perlancongan amatlah memberi kesan yang besar
kepada Negara. Oleh itu marilah kita sama-sama mempertingkatkan lagi system yang
sedia ada dan mencari idea-idea baru untuk terus maju seiring dengan peredaran
zaman. Apa-apapun kerjasama dan kepercayaan adalah penting untuk merealisasikan
impian kita.
0 comments:
Post a Comment