Apa yang berlaku di Lahad Datu ketika ini amat memberi kesan kepada kita semua. Pada mulanya kita ingin melihat pencerobohan ini berakhir dengan sebaik mungkin tanpa ada pertempuran darah. Namun sikap penceroboh ini yang memaksa Kerajaan Malaysia bertindak lebih keras lagi. Mereka telah mencabar keupayaan ketenteraan kita.Tindakan mereka ini tidak boleh dimaafkan.
Malayia sudah sedaya upaya cuba untuk menyelesaikan masalah ini dengan sebaiknya. Pebincangan adalah yang pertama dilakukan bagi mengelak sebarang tekanan antara dua pihak namun usaha hanya sia-sia. Malah mereka bertindak diluar dari tabii sebagai seorang manusia. Taktik kotor adalah permainan mereka kerana mereka tahu bahawa mereka tidak akan dapat menumpaskan polis dan tentera kita secara terang-terangan. Mereka menyerang hendap dan mengibarkan bendera putih tanda menyerah kalah walhal mereka mengumpan pasukan keselamatan kita masuk ke kawasan mereka.
PM Datuk Seri Najib Razak membuat pernyataan, sila baca di bawah:
"Dan ketika saya sedang berucap ini, anggota polis berada di dalam kereta perisai sedang melakukan tindakan untuk memberkas penceroboh yang melanggar kedaulatan negara.
"Niat kita untuk tidak membenarkan setitik darah pun tertumpah di bumi Sabah. Tidak kira daripada pihak penceroboh atau pun anggota keselamatan kita,"
Masa untuk kita beri apa-apa pertimbangan susah berakhir dan kita sedang bertindak memerangi penceroboh dengan kekuatan yang ada,"
"Soal kedaulatan dan keselamatan negara, kita tidak akan biar keamanan yang kita kecapi diganggu gugat dan dinodai oleh mana-mana pihak."
Pada saat ini pasukan keselamatan kita sedang berjuang demi untuk menyelamatkan kita dari penceroboh-penceroboh di Kg Tanduo. Kita doakan agar mereka menang dalam misi ini.
Yakinlah dengan pasukan keselamatan kita, mereka pasti dapat tumpaskan musuh negara.
kerajaan tiada pilihan, penceroobh yang degil
ReplyDeleteItulah itu..Siapa suruh diorang berdegil.
ReplyDeleteDibawa berunding dengan baik tidak mahu, diusir secara aman pun tidak mahu.
ReplyDeletePihak keselamatan telah pun mengetatkan kawalan dibeberapa kawasan di negeri Sabah.
ReplyDeleteKehadiran pasukan tentera ini satu usaha yang baik dilakukan oleh kerajaan.
ReplyDeleteIni pasti akan menguatkan lagi pertahanan yang dibuat oleh pihak berkuasa.
ReplyDeleteRasanya perlulah Jamalul Kiram III memanggil orangnya untuk balik kepangkal jalan.
ReplyDeleteTuntutan yang dibuat oleh Jamalul hanya sia-sia.
ReplyDeletePihak mereka sebenarnya sudah tidak hak untuk mengambil sabah ini lagi.
ReplyDeletetambahan sekarang ini lagi Kerajaan Malaysia cuba untuk meminta Sultan Sulu itu. Malaysia dan Filipina akan memikirkan jalan terbaik berhubung sebarang tindakan undang-undang terhadap anggota kumpulan penceroboh bersenjata termasuk ketua mereka di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Semporna, Sabah
ReplyDelete