BORNEO SABAH ARAMAII

Wednesday 9 January 2013

Hangat PRU


Hangat diperkatakan tentang pilihanraya yang akan tiba tidak lama lagi. Ramai yang memberi pendapat bahawa pilihan raya umum akan diadakan/berlansung tahun ini antara bulan February @ di bulan March.

Namun apa yang penting adalah kesediaan kita sebagai rakyat untuk memilih kerajaan agar meneruskan usaha membanggunkan bangsa dan negara kita. Kita tidak mengetahui apa sebenarnya rancangan yang akan dilakukan oleh pihak lain, tetapi kerajaan menampakkkan usaha mereka untuk sama2 berjalan kearah kemajuan. Walaupun ada kelemahan namun semua itu boleh diperbaiki dari masa kesemasa. Ingat pepatah orang putih "Practice makes Perfect". Selagi kita berusaha untuk melakukan yang terbaik, kita akan mendapat pulangannya nanti.

Pelbagai program yang telah kerajaan jalankan demi untuk rakyat seperti:BR1M, Rebate pembelian smart Phone, PPRT, dan peruntukan2 lain untuk keselesaan rakyat.

Kita tidak boleh memandang kelemahan yang dihadapi dalam kerajaan sebagai berakhirnya semangat mereka. Kita kena sama2 melakukan yang terbaik demi untuk kebaikkan kita bersama.

Oleh itu bila pun pilihanraya ke-13 diadakan, rakyat kena mempersiapkan diri untuk memilih siapa sebenarnya yang layak untuk berada di atas.

0 comments:

Post a Comment