BORNEO SABAH ARAMAII

Sunday, 13 January 2013

Kerajaan sekarang yang terbaik


Tidak ada alasan yang kukuh untuk kita berniat menukar kerajaan sedia ada. Hal ini kerana telah banyak yang dikorbankan oleh kerajaan kepada rakyat. Pembangunan di mana2 dapat kita lihat, walaupun  tidak semua dapat dibangunkan dalam masa yang sama. 
Kita harus bersyukur kerana kita tidak berada di bawah kekuasaan pembangkang yang hanya tahu membuat aduan tetapi tidak berbuat sebarang yang dapat memberi kebaikkan kepada  rakyat.

Baru-baru ini kerajaan pusat telah memperuntukkan sebanyak 70m untuk menaiktaraf lapangan antarabangsa di Sandakan. Hal ini dapat manarik lagi ramai pelancong untuk berkunjung ke Sandakan. Di laporkan sebanyak 820,000 pelancong berkunjung ke Sandakan pada tahun lalu iaitu peningkatan sebanyak 5.8% jika dibandingkan dengan data yang telah di catatkan pada tahun lalu. Usaha ini akan memberi pulangan dan kesan untuk jangka masa panjang, terutama dari segi kunjungan pelancong ke Sandakan.
Sementara itu Datuk Musa berkata:

“Rakyat negeri ini tidak akan mudah terpengaruh dengan apa jua janji-janji kosong pembangkang bahkan sokongan padu akan kita terima menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 memandangkan kepercayaan rakyat terhadap BN semakin bertambah baik,” 


Datuk Musa percaya rakyat akan memberi sokongan padu kepada kerajaan demi untuk kebaikkan bersama. Seharusnya rakyat juga memberi sokongan padu kepada kerajaan. Ini memberi kekuatan kepada kerajaan untuk terus berjuang bersama-sama rakyat.

.......Huminodun........


0 comments:

Post a Comment