He said they were shot before they could enter Malaysian waters after refusing to turn back.
He added that according to intelligence reports, the group was attempting to enter Sabah to cause problems during the general election.
"If they had entered our waters, we would have taken them out. We will defend our country," he said at a press conference here Thursday.
Bullshit. The Phillipine government also denied of such event taking place. Even the Sulu organization over there denied of such thing. Wonder who is trying to disrupt the election process.
ReplyDeletePengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek berkata Esscom telah dimaklum mengenai kejadian itu dan sentiasa bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
ReplyDelete"Meskipun kejadian ini berlaku di luar kawasan perairan kita namun matlamat kumpulan pengganas itu adalah untuk memasuki Sabah, dan mengadakan pencerobohan serta kekacauan menjelang pilihan raya umum ke 13.
ReplyDelete"Dalam apa juga keadaannya, kita tetap bersedia dengan sebarang kemungkinan memandangkan kawalan keselamatan telah dipertingkat," katanya
ReplyDeleteKeselamatan harus dieprtingkatkan agar tidak mengancam ketenteraman.
DeleteBeliau turut mengucapkan terima kasih di atas tindakan Pasukan Keselamatan Filipina menembak mati 35 anggota pengganas itu, yang disifatkannya sebagai langkah wajar dalam memastikan pengganas dari negara itu tidak menyeludup masuk ke Malaysia.
ReplyDeleteKatanya, pasukan keselamatan Filipina telah memberikan kerjasama erat dengan kerajaan Malaysia dalam usaha mengekang kegiatan pengganas.
ReplyDeleteItulah nakal, tengok kan dah kena tembak mati. huhu
ReplyDeleteKeselamatan Seluruh Sabah Terjamin, Ancaman Telah Dihapuskan – Panglima Tentera
ReplyDeleteSEMPORNA: Keadaan di pantai timur Sabah dan negeri Sabah keseluruhannya adalah selamat dan kini bebas daripada ancaman militan dari selatan Filipina.
Jaminan keselamatan itu diberi oleh Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
“Saya dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar ingin meyakinkan seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa bahawa keselamatan di pantai timur Sabah dan seluruh negeri ini adalah terjamin dan ancaman yang kita hadapi itu telah kita hapuskan sepenuhnya.
“Kami sebagai pasukan keselamatan akan melakukan apa sahaja untuk memastikankeadaan itu berterusan sampai bila-bila,” katanya kepada pemberita selepasmemberi taklimat mengenai perkembangan keselamatan semasa di kawasan pantaitimur Sabah kepada ketua-ketua dan pemimpin masyarakat Cina di sini hari ini.
Majlis itu turut dihadiri Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Zulkifeli berkata jumlah anggota tentera di Lahad Datu akan dikurangkan dan ditempatkan di kawasan lain seperti Semporna dan Sandakan secara beransur-ansur.
Beliau berkata anggota tentera yang dipindahkan itu akan tinggal di kem-kemtentera di kawasan mereka ditempatkan.
Mengenai Operasi Daulat yang akan ditamatkan dalam beberapa hari lagi, Zulkifeli berkata operasi itu akan ditransisikan kepada Kawasan Khas Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) secara berperingkat.
Beliau berkata pada masa ini pegawai-pegawai ESSCOM telah berada bersama-sama beliau di markas operasi di Felda Sahabat untuk memantau pelaksanaan operasi.- BERNAMA
Strategi Keselamatan di Sabah Kekal Walaupun Ada Pilihan Raya – Ismail Omar
ReplyDeleteSemua anggota keselamatan yang ditugaskan menjaga keselamatan kawasan yang terlibat dengan pencerobohan di Sabah akan dikekalkan di sana ketika pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata ini bagi memberi keyakinan keselamatan kepada penduduk sepanjang proses PRU13 berlangsung.
“Sememangnya anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia yang menjalankan operasi tempoh hari akan dikerah untuk menjaga keselamatan semasa pilihan raya,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada keluarga anggota polis yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Sabah, di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak di sini hari Selasa.
Sumbangan sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga itu dikurniakan Sultan Kelantan melalui Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim.
Sementara itu, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Salleh Mat Rashid berkata sebuah pusat media akan dibuka di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi memudahkan pihak media mendapat maklumat mengenai perjalanan pilihan raya, sebaik Parlimen dibubar.
–BERNAMA
Askar wataniah rakyat Sabah akan dibentuk untuk sertai ESSZONE
ReplyDeletePasukan askar wataniah yang terdiri dari kalangan rakyat Sabah akan dibentuk bagi menyertai Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE) dalam masa terdekat, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata proses menemu duga akan dijalankan dan mereka yang terpilih bakal menerima gaji bulanan sebagai anggota biasa angkatan tentera.
“Semangat mempertahan bumi Sabah ini perlu melibatkan semua pihak, di samping tentera dan polis akan terus memperkukuh kedudukan di kawasan ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat pasukan keselamatan yang bertugas dalam Operasi Daulat di Tanjung Labian hari ini.
Tanjung Labian dikawal ketat oleh lebih 200 anggota tentera dan polis.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata pusat Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang bakal beroperasi secara kekal, akan diperkuat dengan penambahan lebih banyak aset dan anggota tentera.
Terdahulu, dalam ucapannya, Ahmad Zahid memberi jaminan keselamatan dan kedaulatan bumi Sabah adalah lebih penting walaupun negara sedang menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Beliau berkata kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang ingin mengganggu keamanan serta merampas kedaulatan Sabah.
“Kita mahu memberitahu kepada musuh yang berada di luar dan dalam bahawa jangan perlekehkan, jangan diperbodohkan dan jangan dihina pasukan tentera dan polis kita.
“Walaupun keluarga (Jamalul) Kiram ini berkokok di Manila, Filipina mengatakan akan menghantar lebih ramai orang upahan untuk menakluki Sabah, tetapi kerajaan dan rakyat Malaysia yakin dengan kemampuan dan kebolehan anda semua (tentera dan polis),” katanya.
Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut menyerahkan sumbangan wang sebanyak RM45,000 bagi membaik pulih masjid di Kampung Tanjung Labian. — Bernama
Semoga pihak berkuasa dapat memastikan keselamatan rakyat Malaysia terjamin.
ReplyDeletePihak berkuasa akan buat terbaik untuk memastikan PRU dijalan dengan lancafr tanpa sebarang isu keganasan.
ReplyDelete