BORNEO SABAH ARAMAII

Monday 5 November 2012

KM: 500 rumah PPR akan dibina di Pekan Muhibah Sandakan

SANDAKAN: Sebanyak 500 unit rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) akan dibina di kawasan Pekan Muhibah di sini bagi memastikan rakyat di negeri ini menikmati kehidupan yang selesa. Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata projek itu yang telah diluluskan oleh Jabatan Perumahan Negara merupakan inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat tinggal di kawasan perumahan yang mempunyai kemudahan dan infrastruktur yang lengkap. “Langkah itu selari dengan hasrat kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu melihat masyarakat di seluruh negara mendapat kebajikan yang sewajarnya,” katanya kepada pemberita selepas melawat PPR Gum-Gum di Batu 16 di sini kelmarin. PPR Gum-Gum itu yang bernilai RM33 juta dibangun- kan sejak tiga tahun lepas, kini telah siap sepenuhnya dan akan disewakan kepada penduduk dengar kadar sewa RM140 sebulan. PPR itu turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti ruang pejabat, surau, dewan, tadika, rumah kedai dan rumah untuk golongan Orang Kurang Upaya. Sehubungan itu, beliau me- nasihatkan penduduk yang tinggal di PPR supaya memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang disediakan oleh kerajaan itu dan menjaganya dengan sebaik mungkin. Terdahulu, Musa mengedar- kan kad ucapan kepada peniaga Tiong Hua di sekitar Pasar Sibu- ga Jaya Batu 8 di sini sempena menjelang sambutan perayaan Tahun Baru Cina.

0 comments:

Post a Comment