Peranan seorang wanita sama ada dalam keluaraga mahupun dalam pembangunan negara adalah amat penting. Ini sudah terbukti dengan penglibatan dan juga pencapaian wanita dalam politik mahupun dalam dunia perniagaan dan sebagainya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengakui bahawa wanita merupakan pemangkin perpaduan dan adalah rakan kongsi pintar kepada kerajaan dalam menjalankan proses transformasi negara. (FMT)
Memang tidak dinafikan lagi bahawa peranan wanita penting dalam negara. Untuk menjadi wantia yang sentiasa relevan dengan keadaan semasa perlu melakukan sesuatu agar tidak ketinggalan di belakang.
Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun, wanita perlu mengubah diri mereka jika mahu memainkan peranan lebih besar dalam usaha-usaha pembangunan masyarakat. (Insight Sabah)
Wanita di negara ini harus melalui proses transformasi untuk memainkan peranan yang aktif dalam membantu negara. Kita lihat sekarang wanita semakin berani dan mempunyai prinsip sendiri dalam membantu kerajaan merealisasikan dasar pembangunan kerajaan.
Dalam arena politik juga, wanita semakin bersuara lantang ini dapat disaksikan dengan pertambahan jumlah calon wanita yang telah bertanding semasa PRU-13 yang lepas. Terdapat 168 jumlah calon wanita darpada keseluruhan 1,900 calon yang bertanding semasa pilihan raya umum ke 13 yang lepas yang mewakili parti Barisan Nasional, pembangkang dan juga calon Bebas di seluruh negara. (Utusan Malaysia)
Banyak persatuan-persatuan wanita yang boleh disertai oleh golongan wanita untuk melibatkan diri secara tidak langsung kepada pembangunan negara. Pada masa yang sama juga, persatuan-persatuan wanita juga harus tahu peranan mereka dan melaksanakan program yang membantu negara.
Siapakah wanita yang berpengaruh di Malaysia? Pada bulan lepas theStar telah mengeluarkan senarai 10 Wanita Berkuasa di Malaysia.
Kesimpulannya, peranan wanita yang semakin diperlukan memerlukan wanita terus relevan dengan keadaan semasa. Transformasi wanita sebenarnya menjadi tolak titik kepada perubahan wanita dalam memainakan peranan kepada keluarga, masyarakat dan juga kepada pembangunan negara.
Syabas kepada wanita-wanita di luar sana yang bertungkus-lumus memainkan peranan dalam keluarga, masyarakat dan juga negara.
0 comments:
Post a Comment