Berita gembira untuk para aktivist dan juga pencinta penyu di Sabah kerana pada 2 Julai 2013, Jabatan Hidupan Liar Sabah (SWD) telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Trekkers Lodge Sdn Bhd untuk pemuliharaan penyu di Pulau Libaran, Sandakan.
Kedua-dua pihak akan bekerjasama untuk mewujudkan Program Pemuliharaan Penyu di pulau tersebut. Ini adalah termasuk mewujudkan program kesedaran bagi penduduk tempatan dan juga pelawat khususnya nilai pemuliharaan penyu laut. Disamping menjalankan projek penyelidikan untuk memahami kitaran hidup penyu laut di kawasan pulau tersebut.
Kebaikan daripada MoU ini juga adalah, pelajar-pelajar sama ada dari tempatan mahupun juga antarabangsa berpeluang menyertai program-program penyelidikan mengenai penyu.
Selepas saja BN menang dan kekal sebagai pemerintah di Sabah, projek-projek seumpama ini dapat diteruskan. Semoga di masa akan datang lebih banyak program seperti ini yang penting untuk memastikan haiwan-haiwan yang semakin pupus di lindungi dan terpelihara.
kita harus lindungi penyu dari kepupusan
ReplyDelete