BORNEO SABAH ARAMAII

Tuesday, 16 July 2013

Dokumen Sejarah Sabah Penting

Datuk Micheal Emban
Sejarah merupakan sebahagian daripada kehidupan kita. Sejarah adalah fakta yang tepat dan benar. Bercakap mengenai sejarah ini merujuk kepada peristiwa, tempat, tokoh dan juga tarikh berlakunya sesuatu peristiwa penting. Sabah yang juga di kenali sebagai "Negeri Di Bawah Bayu atau pun The Land Below The Wind" mempunyai sejarah yang unik. 

"Dokumentasi bahan-bahan itu bukan sahaja dalam aspek kerohanian malah dari segi kesenian, sosio-budaya dan sosio-ekonomi masyarakat Sabah" Datuk Micheal Emban, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar.  (Borneo Insider)
 
Sememangnya, sejarah sesebuah masyarakat ataupun tamadun amat penting untuk di jaga dan di pelihara supaya berkekalan hingga kepada generasi yang baru. Muzium adalah organisasi bertanggungjawab dalam menjaga, memelihara serta membantu dalam menyebarkan ilmu sejarah yang berguna bukan sahaja kepada generasi muda malahan kepada orang luar. Dalam masa yang sama akan memperkenalkan budaya bangsa kepada orang luar. 
 
Kesedaran orang ramai betapa pentingnya menyimpan dan juga menjaga bahan-bahan berkaitan dengan sejarah adalah amat penting kerana sejarah berkait-rapat dengan kehidupan dan perkembangan masyarakat terutamanya di Sabah.
 
Sabah terkenal di kalangan pelancong-pelancong luar dan dalam negeri kerana keunikan budaya dan juga kerana alam semulajadi yang masih terpelihara. Bahan-bahan sejarah yang di jaga menjadi simbol kebangaan kepada kebudayaan masyarakat di Sabah. 
 
Terima kasih kepada pemimpin-pemimpin kita yang begitu prihatin terhadap kepentingan bahan-bahan sejarah malahan menjadikan keunikan budaya pelbagai suku-kaum di Sabah dan juga alam sekitar yang terpelihara sebagai kekuatan dalam menarik kedatangan pelancong-pelancong sekaligus membantu dalam menjana ekonomi negeri Sabah. Syabas!

0 comments:

Post a Comment