BORNEO SABAH ARAMAII

Showing posts with label jerebu. Show all posts
Showing posts with label jerebu. Show all posts

Tuesday, 25 June 2013

SUKMA 2013 tidak akan dibatalkan


Sukan  Malaysia atau ringkasnya SUKMA adalah satu sukan peringkat kebangsaan di dianjurkan dan di uruskan oleh Majlis Sukan Negara Malaysia , Majlis-Majlis Sukan Negeri, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Universiti Malayisa, dan Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia. 

SUKMA edisi ke-16 akan bakal berlangsung di Kuala Lumpur pada hari Jumaat ini, 28 Jun 2013. Agak sukar untuk Ketua pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong untuk mengambil keputusan tentang pembatalan atau penundaan sukan tersebut. Akan tetapi setakat pada hari ini, 25 Jun pihak mereka belum bercadang untuk membatalkan kejohanan tersebut mahupun manangguhkannya. 

Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa lokasi di Lembah Klang mencatatkan angka yang lebih tinggi semalam yang sedikit menjejaskan persiapan akhir atlet-atlet yang terlibat dengan SUKMA 16 ini. Bacaan IPU di Kuala Lumpur adalah 'tidak sihat' seperti Batu Muda mencecah tinggi 198 manakala di Cheras bacaan IPU adalah 160 kelmarin. 

Bagaimanapun, menurut Zolkples, MSN sebagai penganjur temasya kali ini tidak menolak kemungkinan akan menangguhkan sembilan acara sukan yang akan berlangsung di gelenggang terbuka jika keadaan jerebu semakin kritika. SUKMA kali ini akan dijangka akan berlangsung bermula pada 28 Jun sehingga 7 Julai 2013. Sebanyak 5,026 penyertaan daripada atlet dan jurulatih yang terlibat dalam 22 acara sukan pilihan dan tidak membabitkan sukan wajib.

Friday, 21 June 2013

Jerebu: Tips Kesihatan

Jerebu ekoran kebakaran hutan di Sumatera, Indonesia telah mengakibtkan udara terutamanya negara berdekatan seperti Singapura dan juga Semenanjung Malaysia menghadapi tahap udara yang tidak sihat. Setakat hari ini, 21 Jun tahap jerebu menurut bacaan API (Air Pollution Index) di Kota Tinggi, Johor menjadi teruk dengan bacaan 313 yang di kategorikan sebagai berbahaya untuk kesihatan. 

Manakala, negeri Sabah yang terletak agak jauh daripada Sumatera setakat hari ini tahap jerebu masih dalam keadaan sederhana dengan bacaan API 74 di kawasan Kota Kinabalu.

Apa yang kita perlu lakukan sekrang adalah dengan mengambil langkah-langkah menjaga kesihatan dan juga keselamatan semasa jerebu. 

Langkah-langkah menjaga kesihatan adalah dengan;

i. Gunakan penutup hidung dan mulut sekiranya terpaksa melakukan aktiviti di luar rumah

ii. Banyakkan minum air kosong, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

iii. Pastikan anda mencuci tangan dan muka selepas melakukan aktiviti di luar rumah

iv. Sekiranya anda memandu, gunakan penghawa dingin di dalam kenderaan 

v. Perkara paling penting adalah dengan menutup pintu dan tingkap rumah