BORNEO SABAH ARAMAII

Monday 5 August 2013

Peranan Pasukan Keselamatan Sentiasa Dihargai-Musa

 
SANDAKAN, 3 Ogos- Peristiwa pencerobohan di Lahad Datu telah membuka mata seluruh rakyat Malaysia, betapa pentingnya setiap lapisan masyarakat menghargai peranan pasukan keselamatan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Menurut beliau peristiwa pencerobohan tersebut yang mengorbankan 10 perwira negara turut menyedar dan mengajar rakyat mengenai pentingnya kerjasama penduduk setempat dengan pasukan keselamatan.

"Oleh itu, sempena bulan Ramadan dan musim perayaan, kerajaan negeri turut menyalurkan sumbangan kepada pasukan keselamatan bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka.

"Sumbangan yang dihulurkan, walaupun tidak seberapa, namun ia tanda ingatan tulus ikhlas dan penghargaan kepada pasukan keselamatan di negeri ini," katanya pada majlis penyampaian sumbangan kepada warga Batalion ke-22 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Sri Kinabatangan di sini hari ini.

Musa berkata, pengorbanan anggota keselamatan yang tidak ternilai merupakan sumbangan paling berharga dan bermakna kepada masyarakat Sabah dan negara tercinta.BERNAMA

0 comments:

Post a Comment