BORNEO SABAH ARAMAII

Saturday 25 May 2013

Demonstrasi Pilihan Raya Umum



Demonstrasi jalanan yang berlaku selepas sahaja keputusan pilihanraya umum ke-13 diumumkan adalah semakin membimbangkan. Pihak pembangkang tetap meneruskan demonstrasi mereka walaupun penangkapan telah dilakukan ke atas pemimpin mereka. Terbaru, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) iaitu Chua Tian Chang dan Tamrin Ghafar, serta aktivis politik Haris Ibrahim, ditahan di bawah akta hasutan di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Balai Jinjang. 

Menurut Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meskipun demonstrasi dibolehkan di dalam amalan demokrasi, namun ia boleh meninggalkan kesan buruk bagi sesebuah negara terutama dalam bidang ekonomi.

Ini adalah kerana apabila terjadinya demonstrasi jalanan sudah tentu pemulihan ekonomi akan terganggu sekali gus akan menyebabkan kadar pengangguran meningkat dan mereka yang miskin bertambah derita. Hakikatnya, walaupun demonstrasi diterima dalam demokrasi, ia tidak boleh diguna dengan sewenang-wenangnya. Jauh daripada memberi manfaat kepada rakyat, malah akan menambah masalah kepada rakyat. 





1 comments:

  1. PEMBANGKANG TIDAK HIRAU SEMUA TU ADMIN.. YANG PENTING HASRAT ANWAR JADI PRIME MINISTER TERCAPAI.. JAWATAN NOMBOR SATU ITU BUKAN SAHAJA UNTUK ANWAR, MALAH UNTUK KUASA ASING YANG SELAMA INI MENGINTAI PELUANG UNTUK MENJAJAH NEGARA MELALUI PENGARUH ANWAR IBRAHIM..

    NAFSU DIDAHULUKAN, EKONOMI DIKETEPIKAN!!

    ReplyDelete