BORNEO SABAH ARAMAII

Showing posts with label Datuk Rohani Abdul Karim. Show all posts
Showing posts with label Datuk Rohani Abdul Karim. Show all posts

Monday, 10 June 2013

Rogol Berkanun Remaja Di Kota Kinabalu

Menurut satu kenyataan media daripada Y.B. Datuk Rohani Abdul Karim selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang menyentuh berkenaan kes rogol yang berlaku di Kota Kinabalu. 

Isu tersebut yang di laporkan oleh akhbar tempatan merupakan isu yang dipandang berat dan serius bagi Kementerain tersebut. Kes itu adalah melibatkan kanak-kanak perempuan berumur 13 tahun dengan lelaki berumur 40 tahun yang dikatakan merogol kana-kanak tersebut.

Sudah termaktub dalam undang-undang Negara menetapkan bahawa hubungan seksual dengan kanak-kanak di bawah umur 16 tahun dengan atau tanpa kerelaan, adalah dikategorikan kes rogol bawah umur. Perkara ini sudah tertulis dalam perenggan 375(g) Kanun Keseksaan yang dipinda melalui Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2006 [Akta A 1273] yang dikuatkuasakan pada 7 September 2007 melalui P.U. (B) 321/2007.
Kejadian seumpama ini melahirkan kebimbangan kepada fenomena di mana perkahwinan dijadikan alasan untuk melepaskan diri seseorang daripada pendakwaan rogol bawah umur di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan. 
Sesungguhnya isu berkaitan kes rogol adalah amat membimbangkan, bukan sahaja salah disisi undang-undang malahan menggambarkan ketidakperimanusiaan individu yang melakukan perbuatan terkutuk itu. 

Marilah kita bersama-sama membendung gejala seperti ini, kerana maruah bangsa haruslah di jaga di mata dunia.