SANDAKAN: Ketua Wanita Umno Bahagian Batu Sapi, Rahimah Asrah, menegaskan kewujudan pasukan bomba sukarela di setiap kampung penting memandangkan peranannya mampu mengawal dan mencegah sesuatu kebakaran daripada terus merebak.
Sehubungan dengan itu, katanya, pihaknya akan memperhebatkan kerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sandakan untuk mengadakan lebih banyak kempen-kempen yang berkaitan keselamatan kebakaran termasuk seminar agar kesedaran mengenai bahaya dapat dipertingkatkan.
Beliau percaya risiko kebakaran dapat dikurangkan seandainya usaha mendedahkan masyarakat terhadap aspek keselamatan seperti berkongsi maklumat menerusi program berbtnuk kebombaan yang dilaksanakan di setiap kampung mahu pun taman perumahan.
“Saya memuji usaha dan kerjasama penduduk di Kampung Karamunting ini yang menubuhkan pasukan bomba sukarela mereka telah memberi banyak manfaat terhadap penduduk setempat.
“Saya berharap dengan adanya program sebegini memudahkan lagi para anggotanya untuk berkongsi maklumat yang berkaitan keselamatan kebakaran sesuai dengan pepatah ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’,” katanya ketika berucap menyempurnakan perasmian Program Keselamatan Kebakaran Pasukan Bomba Sukarela Kg Karamunting pada Ahad.
Program yang melibatkan kerjasama dengan Biro Kebajikan Wanita Umno Batu Sapi itu mendapat sambutan menggalakkan apabila penduduk setempat tidak mahu melepaskan peluang bagi mendengar taklimat keselamatan kebakaran dan demontrasi memadam api yang dijalankan pihak bomba.
Mengulas lanjut, Rahimah berkata kemahiran mengawal api dari peringkat permulaan penting memandangkan ianya mampu menangani suasana jika berlaku kebakaran yang tidak dijangka.
Lantaran itu, program kebombaan yang dilaksanakan perlu diteruskan kerana manfaatnya dapat mendedahkan penduduk setempat terutama anggota pasukan bomba sukarela untuk meningkatkan ilmu pengetahuan tentang cara memadam sesuatu kebakaran, katanya.
“Usaha mencegah adalah lebih baik … begitu jua api kecil menjadi kawan dan apabila besar menjadi lawan, beringat sebelum kena.
“Kami di Wanita Umno Batu Sapi akan memperhebat kerjasama dengan Pasukan Bomba dan Penyelamat Sandakan bagi mengadakan program keselamatan kebakaran di mana turut mencadangkan supaya kempen kesedaran seperti ini menjadi acara tahunan,” jelasnya.
Beliau menyambut baik usaha-usaha melibatkan kepentingan masyarakat di kawasan Batu Sapi tambahan lagi pasukan bomba sukarela di Kg Karamunting amat bergiat aktif sejak dahulu lagi.
Justeru, katanya, golongan wanita muda perlu menimba lebih banyak ilmu berkaitan keselamatan kebakaran demi kepentingan bersama kerana menjaga keselamatan kampung adalah satu usaha murni.
New Sabah Times