BORNEO SABAH ARAMAII

Showing posts with label Petisyen. Show all posts
Showing posts with label Petisyen. Show all posts

Tuesday, 14 May 2013

Petisyen Pilihan Raya Umum


Pembangkang masih lagi tidak dapat menerima kekalahan pada PRU-13 yang lepas. Barisan Nasional mendapat 133 kerusi manakala pihak pembangkang iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya mampu mendapat 89 kerusi; berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi oleh BN maka dengan itu Barisan Nasional layak untuk memegang tampuk pemerintahan Malaysia sekali lagi. 

Keputusan rasmi PRU-13 tidak diterima dan ditentang oleh Anwar. Anwar mengatakan bahawa pilihan raya kali ini telah di curi melalui proses penipuan. Demonstrasi "Suara Rakyat Suara Keramat" pada 8 Mei 2013 merupakan protes Anwar bersama-sama dengan penyokong parti tersebut atas tujuan menolak keputusan PRU-13. Perhimpunan itu telah mengakibatkan kesesakan lalu-lintas di kawasan berkenaan.
 
Ramai golongan profesional menyifatkan tindakan Anwar ini adalah tidak betul. Menurut Timbalan Pengerusi Tetap Umno, Datuk Mohamed Aziz berkata, tindakan sedemikian seolah-olah menafikan keputusan yang telah dibuat oleh rakyat. Cara paling terbaik adalah dengan mengemukakan petisyen bantahan di Mahkamah Negara, dengan membuat demonstrasi tidak akan mampu menyelesaikan tuntutan mereka. Jabatan Peguam Negara hanya akan menangani isu tersebut sekiranya petisyen rasmi difailkan. 

Pihak Jabatan Peguam Negara juga menyatakan bahawa pihak yang mempertikai keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 boleh tampil dan memfail petisyen dalam tempoh 21 hari selepas keputusan pilihan raya diwartakan. 

Serba sedikit tentang petisyen pilihan raya
 
Pertama, sesuatu petisyen pilihan raya hendaklah mengandungi pernyataan seperti berikut;

i) petisyen itu hendaklah menyatakan hak pempetisyen untuk mempetisyen mengikut seksyen 
   34 Akta; dan 
 
ii) petisyen itu hendaklah menyatakan tarikh pilihan raya itu diadakan dan juga keputusannya
 
iii) hendaklah menyatakan dengan ringkas fakta dan alasan yang berasaskannya permintaan 
    itu disokong
 
Kedua, Petisyen itu hendaklah dibahagikan kepada perenggan, tiap-tiap satunya, dengan seberapa hampir yang boleh, hendaklah dikhaskan kepada suatu bahagian yang tertentu bagi perkara itu, dan tiap-tiap perenggan hendaklah dinomborkan secara berturutan, dan tiada kos boleh dibenarkan bagi rnembuat atau menyalin mana-mana petisyen yang tidak mematuhi kaedah ini pada keseluruhannya, melainkan jika selainnya diperintahkan oleh Mahkamah atau seseorang Hakim.
 
Ketiga, Petisyen itu hendaklah diakhiri dengan suatu permintaan seperti, misalnya, bahawa seseorang tertentu hendaklah diisytiharkan dilapor pilih atau dipilih dengan sewajarnya, atau bahawa  ini hendaklah diisytiharkan terbatal, dan petisyen itu hendaklah ditandatangani oleh semua pempetisyen.